Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Gaya 'Tak Pakai Seluar' Izara Aishah Ketika Baby Shower Undang Resah Netizen... "Seksinyalah Hai... Contohi Ibu Mertuamu"

Amri Hassan 13/02/2020 | 23:45 MYT
Sepertimana semua tahu semalam telah berlangsung majlis Baby Shower pelakon Izara Aishah yang bakal menimang anak perempuan pada April nanti.
Namun, netizen sebenarnya lebih tertumpu pada fesyen yang digayakan oleh Izara sempena majlis tersebut.
Tidak dinafikan seri ibu mengandung itu membuatkan Izara nampak lebih anggun dan mempesonakan namun hal yang mengundang rasa kurang selesa apabila Izara mengenakan pakaian terlalu seksi.
Pada majlis itu Izara mengenakan sehelai blaus dres berwarna putih yang dipadankan dengan dengan jaket berkotak pada bahagian luarnya.
Melengkapi gaya dengan rambut ponytail, Izara turut menyarung sepasang stileto berwarna keemasan.
Menjengah ruangan komen pada akaun Instagram Datuk Seri Siti Nurhaliza, rata-rata meluahkan rasa kesal terhadap pakaian Izara pada majlis itu.
"Seksinyalah hai... Yang lain sopan-sopan lagi. Aduhai. Contohilah ibu mertuamu ini, pakai labuh lagi cantik," tulis pemilik akaun @miszaprilries.
"Mungkin bawaan baby, kadang-kadang ada orang mengandung tak selesa pakai panjang," tulis @princess_cimungut.
"Sedih pula baca komen yang kata sebab pembawakan bayi, bayi suka sejuklah? Adakah ibu-ibu mengandung kena ikut semua rasa-rasa itu berbanding ikut perintah Allah," soal @tyahhalim.
Namun, ada yang beranggapan positif bahawa tindakan menulis komen sedemikian sepatutnya dihantar terus kepada Izara tanpa perlu memalukan di hadapan khalayak.
"Saya rasa lebih manis kalau tegur dia secara personal, dia tengah hamil kalau dia baca komen-komen negatif macam ni apa perasaan dia?
"Apa yang ditegur itu dah betul tetapi saya rasa keadaan kurang sesuai, jangan menilai darripada pemakaian. Mana tahu masa akan datang dia lagi baik dari kita," tulis @lilizlkifli.
Pun begitu, ada yang melihat komen secara publik boleh menyampaikan teguran dengan lebih jelas.
"Untuk kes macam ini baik nasihat secara terbuka sebab kalau tak, akan jadi ikutan orang lain. Tak semua kes bagus tegur secara DM," tambah @arnr90.
Izara yang mendirikan rumah tangga bersama anak tiri Siti, Adib Khalid pada 2017 dijangka bersalin pada April nanti.
#pelakon #Pelakon #Izara Aishah #Baby Shower
;