Berita

“Gebunya, Mulut Pun Dah Boleh Tutup Rapat”- Parut Pembedahan Kian Pudar, Ainul Mardhiah Semakin Comel!

Syafiqah Jalal
08/08/2019
10:26 MYT
Sponsor Banner
“Gebunya, Mulut Pun Dah Boleh Tutup Rapat”- Parut Pembedahan Kian Pudar, Ainul Mardhiah Semakin Comel!
Kisah perjalanan bayi perempuan penghidap 'Germ Cell Tumor', Ainul Mardhiah yang mendapatkan rawatan hingga ke London telah mendapat perhatian rakyat Malaysia sejak beberapa bulan lalu.
Perkembangan terkini, adik Ainul sudah semakin sihat dan sedang mendapat rawatan lanjut di Hospital Kuala Lumpur.
Malah, menerusi foto terbaharu yang dikongsi bapanya, Ahmad Safiudin di akaun Instagram menunjukkan wajah terbaharu Ainul yang semakin ceria dan comel selain parut di dagunya sudah semakin pudar.
“Assalamualaikum semua. Alhamdulillah, Ainul kekal sihat dan bertambah ceria sentiasa.
“Terus doakan Ainul supaya Allah memberikan kesembuhan secara total buatnya.
“Nampak gayanya, tahun ni dua kali raya kita raya di hospital anak,” tulisnya.
Foto tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata di ruangan komen gembira melihat perubahan yang baik tersebut.
“Subhanallah semakin sihat semoga terus sihat kesayangan ramai,” komen salah seorang pengikutnya.
“Gebunya, mulut pun dah mula tutup rapat,” puji pengikutnya.
“Comelnya Ainul,” komen pengikut lain.
Sebelum ini, Ainul Mardhiah berada di London lebih dua bulan sejak 25 Mei lalu untuk menjalani pembedahan kanser ‘Germ Cell Tumor’ di mulut.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar