Hiburan

Gegar Vaganza 2 (GV2): Sheeda Usaha Buang Sengau, Puas Hati Tersingkir

Ahmad Shah
09/11/2015
02:54 MYT
Sponsor Banner
Gegar Vaganza 2 (GV2): Sheeda Usaha Buang Sengau, Puas Hati Tersingkir
Penyanyi dangdut, Sheeda terpaksa meninggalkan pentas Gegar Vaganza (GV2) selepas menduduki tangga terendah pada konsert minggu keempat malam tadi.
Sheeda berkata, walaupun terpaksa meninggalkan GV2 dia berpuas hati dengan persembahannya yang menyanyikan lagu Tiada Lagi bersama Aweera.
“Saya ‘all-out’ malam ini. Biarpun perjalanan di GV2 sudah berakhir tidak bermakna perjuangan seni saya pun berakhir.
“Apa-apa pun saya puas hati kerana malam ini saya berjaya buang ‘sengau’ saya. Bukan mudah untuk lakukan itu kerana saya penyanyi dangdut ‘piau’. Saya pergi ke kelas vokal Ckgu Shafi untuk buang sengau saya tu,” katanya ketawa.
Bagaimanapun kata Shida, GV2 telah memberi keyakinan kepadanya untuk menyanyikan lagu berlainan genre selepas ini.
“Selama 20 tahun bergelar penyanyi, saya tidak pernah nyanyi lagu lain selain dangdut. Mula-mula berada di sini memang saya takut untuk bersaing dengan peserta lain yang memang hebat menyanyikan lagu pop, rock atau balada.
“Tetapi pentas GV2 telah mengubah saya menjadi seorang penyanyi versatile. Lepas ini saya tak ada masalah nak menyanyikan lagu bergenre lain,” ujarnya.
Penyingkiran Sheeda menjadikan 9 peserta lagi yang tinggal untuk terus berjuang di konsert kelima bertemakan ‘Hits Vaganza’ pada minggu hadapan.
Gegar Vaganza 2 dibawakan secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada setiap Ahad bermula 9 malam dan disiarkan di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).
Jika anda terlepas persembahan terdahulu peserta GV2, klik link ini www.astrogempak.com.my/gegarvaganza .
Teks Oleh: Hafiza Kamarudin
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar