Laman Utama

“Gelandangan, Penagih, Pengemis Ke, Lu Kalau Nak Buat Kebajikan…” - Malek Sudah Mari, Aaron Aziz Sound Instafamous!

Hanafis Haris
29/07/2021
02:50 MYT
Sponsor Banner
“Gelandangan, Penagih, Pengemis Ke, Lu Kalau Nak Buat Kebajikan…” - Malek Sudah Mari, Aaron Aziz Sound Instafamous!

Video seorang ‘instafamous’ yang dikatakan telah memarahi dan menghina seorang warga emas telah mencetuskan kemarahan ramai pihak.

Antara yang turut menyuarakan ketidakpuasan hati itu termasuklah pelakon terkenal, Aaron Aziz.

Menurutnya, jika mahu menolong orang, jangan digali kisah silam sesiapa pun.

“Salam brader. Lu (kamu) kalau nak tolong orang jangan nak korek kisah silam siapa-siapa.

“Gua (aku) tak tahu la lu siapa tapi jaga lu punya adab. Diorang gelandangan, penagih ke, pengemis ke lu kalau nak buat kerja kebajikan this is not the f%@kin way,” katanya.

Tambahnya, individu tersebut juga tidak seharusnya menjatuhkan semangat dan maruah pihak lain.

“Jangan jatuhkan maruah orang, semangat orang, pendirian orang, nasib orang.

“Kalau lu rasa lu di hantar Tuhan utk ‘tolong’ orang susah sekarang, Allah juga boleh kasi lu susah. Kasi lu ingat sikit,” katanya.

Aaron Aziz berkata demikian menerusi satu posting di Instagramnya.

Luahan Aaron itu ternyata membuatkan ramai pengikutnya terkejut, namun pada masa sama sangat bersetuju dengan pandangan tersebut.

Kebanyakan mereka menganggap perbuatan instafamous tersebut sangat biadab!

Sekadar info, susulan daripada video yang tular berkenaan, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Mohamad Zainal Abdullah memaklumkan pihak polis telah memanggil lelaki terbabit dan dia dikenakan kompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP).

Usahawan tersebut yang juga suami kepada pemilik butik pakaian wanita terkenal itu dikenakan kompaun sebanyak RM1,500 kerana tidak memakai pelitup muka.

Related Topics
Must-Watch Video
Unitar