Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Geng Challo Run Tayang Badan, Ikmal Amry; "Itu Pencapaian Hebat, Tak Mudah Nak Dapat ..."

Ainun 14/11/2024 | 13:25 MYT

Pelakon Ikmal Amry tidak terkesan dengan kecaman yang diterima daripada netizen susulan tindakan ahli-ahli kelas sukan Challo Run yang disertainya sering tayang badan setiap kali melakukan aktiviti sukan.

Jelas Ikmal, dia tidak terasa hati dengan kecaman warganet kerana sedar dirinya tidak melakukan perkara tersebut (tayang badan).
“Saya tidak terasa pun dengan kecaman dari netizen.
“Bila orang mula kecam kumpulan Challo, saya sedikit pun tidak terasa sebab saya tidak buat benda yang orang kecam itu pun,” katanya kepada Gempak.
Ikmal Amry berkata demikian ketika menghadiri jemputan ke Majlis Tayangan Perdana 2 Episod Akhir Viu Original- From Saga With Love 2 di Colony Star Boulevard KLCC pada Rabu.
Tambahnya, tindakan menayangkan badan adalah perkara biasa kerana dia sendiri pernah melalui fasa tersebut.
Bagi Ikmal, itu adalah satu pencapaian hebat bagi seseorang yang menginginkan bentuk badan yang sempurna, kerana proses tersebut amat sukar untuk dilalui.
“Bagi saya, benda itu adalah pencapaian bagi seseorang. Sebenarnya nak buat badan ini susah. Perlu ada disiplin dan kena jaga pemakanan.

“Bila seseorang itu sudah dapat bentuk badan yang cantik, mereka akan ada rasa membuak-buak untuk tunjukkan bentuk badan mereka.

“Saya sendiri pada umur 23 dan 24 tahun pun memuat naik gambar tayang badan di Instagram Story sampai orang kecam saya. Saya tidak kisah apa orang luar nak katakan. Itu adalah pencapaian yang perlu dibanggakan. Saya harap isu ini sudah jelas,” jelasnya.
Justeru, kata Ikmal tidak menjadi satu kesalahan untuk individu yang mempunyai bentuk badan yang cantik dan sihat untuk berkongsi di media sosial.
“Saya bagi contoh, bila kita study sampai ke peringkat tertinggi, anda semua nak tunjuk dekat orang kan atau bagitahu dekat orang tak?
“Jadi, situasi disini sama sahaja. Sebab nak buat badan ini mengambil masa yang sangat lama sehingga dua ke tiga tahun.
“Masa badan dia belum siap mereka hanya diam sahaja. Hanya mampu bekerja keras sehingga dia dapat bentuk badan yang diimpikan. Bila dia sudah dapat badan yang cantik, dia hanya mahu hargai hasil kerja keras dia sahaja.
“Orang luar hanya tahu kecam sahaja. Saya tidak pernah menghakimi orang lain nak tunjuk badan atau tidak kerana itu adalah hak awak tapi saya tahu perjalanan untuk mendapat bentuk badan itu bukan mudah,” ulasnya.

BERITA TRENDING: Faizal Tahir Teruja, Diundang Sebagai Artis Jemputan Konsert Siti Nurhaliza & Judika - "Ini Penghormatan Besar"

BERITA TRENDING: Penangan Watak Haikal Dalam Andai Tiada Dia, Hisyam Hamid Puas Hati Kena Kecam - “Ada Yang Nak Cabut Misai…”

BERITA TRENDING: Gejala Buli Merisaukan, Tomok Pesan Pada Anak-Anak - “Kalau Ada Masalah Terus Beritahu Cikgu”

BERITA TRENDING: Siti Saida & Sairah Tumpang Gembira Siti Nurhaliza Dinobat Biduanita Negara – “Abah Pasti Bangga, Al Fatihah Buat Abah”

Terdahulu, segelintir netizen meluahkan rasa kurang senang melihat ahli kelab Challo berlari dalam keadaan tidak berbaju.
Challo dianggotai oleh ramai selebriti tanah air seperti Meerqeen, Aedy Ashraf, Amir Ahnaf, Ben Ali, Ezaidi Aziz, Syafiq Kyle dan ramai lagi.

#Netizen #Buka #Ikmal Amry #Baju #Kecaman #Badan #Tayang #Challo Run
;