Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Berita

George Town Dikenali Semua, Tak Perlu Tukar Nama Tanjong Penaga

Gempak 17/07/2024 | 13:45 MYT
George Town telah dikenali seluruh rakyat Malaysia dan dunia sekian lama, justeru tiada sebarang isu berkaitan nama tempat dan keperluan untuk menukar nama ibu negeri Pulau Pinang itu.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Ekonomi Kreatif negeri Wong Hon Wai berkata nama George Town juga disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada 7 Julai 2008.
"Pengiktirafan antarabangsa itu menegaskan kedudukan George Town sebagai destinasi pelancongan terkemuka di Malaysia yang menarik pengunjung dari seluruh dunia.
"Nama George Town telah dikenali sejak sekian lama dan tiada sebarang isu yang timbul berkenaan dengan nama tempat tersebut," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini bagi mengulas kenyataan Pas Pulau Pinang yang menggesa kerajaan negeri mengembalikan nama asal George Town, iaitu Tanjung Penaga yang menurutnya melambangkan 'identiti Malaysia'.

BERITA TRENDING: Diberi Gelaran ‘Tailor Gila’, Wanita Ini Raih Ratusan Ribu Ringgit Hanya Dengan Menjahit Baju

BERITA TRENDING: Peminta Sedekah Ada RM8,000 Tunai, Simpanan RM40,000 & Rumah Di Bandar Georgetown

BERITA TRENDING: #FoodiesLife: Craving Nasi Kandar? Ini Sebab Warga Kota KL Perlu Singgah Di 'Nasi Kandaq Fest' Hujung Minggu Ni

BERITA TRENDING: “Patut Jaga La Warisan! Kenangan Tu” - Netizen Sedih Feri Pulau Pinang Makin Tenggelam? Apa Cerita?

Wong menjelaskan nama Tanjong telah diangkat ke Dewan Rakyat dan dinamakan sebagai satu daripada kawasan Parlimen di Pulau Pinang.
Menurut portal rasmi Kerajaan Negeri Pulau Pinang, sebelum nama Pulau Pinang menjadi popular, penduduk di Seberang Perai lebih mengenali Pulau Pinang dengan nama Tanjong Penaga sempena nama pokok penaga yang tumbuh di sekitar tapak Fort Cornwallis.
Dipercayai nama atau singkatannya Tanjong masih digunakan dalam geran-geran tanah yang dikeluarkan oleh kerajaan hingga tahun 1800.
Portal itu memaklumkan sehingga kini nama Tanjong begitu serasi dengan penduduk Pulau Pinang dan Seberang Perai apabila merujuk kepada bandar George Town.
Sumber: BERNAMA
#Pulau Pinang #NAMA #UNESCO #tUKAR #George Town #Tanjong Penaga
;