,
Laman Utama

“Patut Jaga La Warisan! Kenangan Tu” - Netizen Sedih Feri Pulau Pinang Makin Tenggelam? Apa Cerita?

Hanafis Haris
06/06/2021
05:07 MYT

Kecewa, marah, dan hairan. Itu antara reaksi netizen apabila melihat pengangkutan ikonik feri Pulau Pinang hampir ‘karam’.

Semuanya tercetus selepas gambar feri tersebut dimuat naik seorang individu di Twitter.

“Rugi betul tak jaga warisan negeri. Dulu org mai Pulau Pinang sebab nak try naik Feri ni la,” katanya.

Posting berkenaan kemudian mencetuskan rasa marah netizen memandangkan feri tersebut tidak dijaga dengan baik biarpun tidak lagi berkhidmat.

Kebanyakan mereka menganggap feri tersebut sebagai artifak sejarah yang boleh dijadikan tarikan pelancong.

“Patut jaga warisan, cuba lihat negara luar, betapa mereka menghargai warisan sejarah”

“Sedihnya macam tu je biar tenggelam”

“Banyak sejarah feri ni, sedih pula tengok nasib macam tu ditinggalkan,” tulis beberapa netizen.

Sementara itu, Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang, Datuk Tan Teik Cheng menerusi satu hantaran di Facebooknya memberitahu dia telah telah melawat untuk melihat keadaan Feri Pulau Pinang .

Menurutnya, siasatan awal mendapati ‘keuzuran’ Feri Pulau Pinang disebabkan berlakunya kebocoran.

“Hal ini mengakibatkan air masuk ke dalam feri melalui lubang berkenaan dan memenuhi bilik enjin.

“Keadaan ini menyebabkan Feri Pulau Pinang condong.

“Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang dan Penang Port Sdn Bhd telah mengambil tindakan yang sesuai pada masa pertama.

“Tindakan mengepam air keluar telah dilaksanakan bagi membolehkan kerja-kerja pembaikan dibuat.

“Kerja-kerja pembaikan yang relevan akan dijalankan dan memastikan Feri akan kembali kepada keadaan asal,” katanya.

Jelasnya, feri Pulau Pinang sudah uzur dan tidak dapat beroperasi.

“Oleh itu, Feri tersebut sudah lama tidak berkhidmat membawa penumpang atau kenderaan lain.

“Feri Pulau Pinang ditempatkan di Limbungan Bagan Dalam sementara Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang memuktamadkan urusan pajakan feri tersebut kepada pembida yang berjaya.

“Pajakan Feri Pulau Pinang adalah untuk dijadikan sebagai muzium dan akan ditempatkan di Tanjung City Marina kelak,” katanya.

Sekadar info, perkhidmatan ikonik feri yang menjadi sebagai alternatif laluan dari Seberang Perai untuk ke bahagian pulau atau sebaliknya telah digantikan dengan bot laju bermula 1 Januari 2021.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Berita

Feri Pulau Kapas Tenggelam

gempak
24/07/2024
03:25 MYT
Sebuah feri ikonik dilaporkan tenggelam di Pangkalan Sultan Abdul Halim, Butterworth pada awal pagi Rabu.
Viral

Dua Pasangan Suami Isteri Didakwa Simpan Harta Curi Milik Kieda Crepe

gempak
19/06/2024
12:49 MYT
Dua pasangan suami isteri termasuk dua beradik didakwa secara bersama di Mahkamah Sesyen Butterworth atas pertuduhan menyimpan harta rompakan iaitu barang kemas seberat 247.65 gram milik seorang usahawan yang juga pempengaruh media sosial 'Keida Crepe', April Lepas.
Laman Utama

#FoodiesLife: Craving Nasi Kandar? Ini Sebab Warga Kota KL Perlu Singgah Di 'Nasi Kandaq Fest' Hujung Minggu Ni

gempak
23/09/2023
16:32 MYT
Nasi Kandaq Fest berlangsung dari 23-24 September 2023 di Sunway Putra Mall KL.
Laman Utama

Fourtwnty Bawa Nalar Tour Ke JB, Kuantan & Penang: “Terasa Bercuti Bukan Kerja”

gempak
22/09/2023
11:35 MYT
Malaysia menjadi negara dengan siri ‘keliling kota’ buat Fourtwnty
BorakSeeni