Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Viral

Gerakan Blockout 2024 Berleluasa, Ceddy Ang Kongsi Pengalaman Dilamar Produk Dalam Senarai Boikot

Firdaus 15/05/2024 | 07:55 MYT

Susulan kempen secara besar-besaran memboikot selebriti-selebriti dan pempengaruh yang dikatakan bekerjasama dengan produk-produk yang memberi sumbangan terhadap Zionis, influencer dan pencipta kandungan, Ceddy Ang tampil berkongsi pendapatnya di Platform X.

Menurut Ceddy, sebagai seorang pencipta kandungan, dia tidak menafikan bahawa agak berisiko untuk menolak tawaran daripada jenama-jenama besar kerana bimbang nama akan disenarai hitamkan.

"Jujur ya, kami memang risau pasal sumber pendapatan kami...

Namun, Ceddy dan pihak pengurusannya berusaha untuk menolak tawaran yang diberikan oleh produk-produk yang berada di dalam senarai boikot walaupun risau tentang sumber pendapatan.

“Sebagai seorang yang mencipta kandungan sepenuh masa, ia agak berisiko untuk kami menolak tawaran daripada jenama-jenama besar sebab mereka akan senarai hitamkan kami.

“Selepas Oktober 2023, saya dan pihak pengurusan banyak tolak tawaran daripada produk yang ada dalam senarai boikot dan jujur ya, kami memang risau pasal sumber pendapatan kami,” kongsinya.

Bersyukur Masih Dapat Kerja

Bagaimanapun, Ceddy bersyukur kerana masih dapat bekerja bersama produk-produk lain yang bukan di dalam senarai boikot.

“Tuhan itu hebat, sebab pesaing-pesaing produk (produk yang bukan dalam senarai boikot) mula mencari saya dan saya juga ditawarkan untuk mengacara.
Pada akhir coretannya, Ceddy sempat menitipkan pesanan supaya berusaha melakukan perkara yang betul kerana menurutnya rezeki ada di mana-mana serta tetap dengan pendiriannya menyokong Palestin.
“Apa yang saya cuba sampaikan adalah rezeki itu datang dalam pelbagai bentuk. Kalau boleh, berusaha buat berkara yang betul. Kata hati saya betul, saya sentiasa konsisten dengan pendirian saya, setiap hari saya akan heret Zionis, Gal Gadot pun saya hentam.
“Kalau orang masih nak letak saya dalam blocklist mereka tanpa selidik? Silakan, malas nak hadap pemalas,”katanya.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
BERITA TRENDING: Block & Unfollow Artis, Apa Itu Kempen Blockout 2024?

Sekadar info, sebelum ini gerakan blocklist 2024 heboh diperkatakan di media sosial. Gerakan itu bertujuan untuk memboikot dan menyekat artis-artis atau pempengaruh yang tidak menggunakan medium tersebut untuk bersuara tentang kekejaman yang berlaku di Palestin.

Sumber: Platform X

#Israel #Palestin #Boikot #Ceddy Ang #Blockout 2024 #Blockout
;