Laman Utama

#GMWA2022: Berbajet Besar Hingga RM400K, Ada Special Effects, Ini Fakta Calon-Calon Top 5 Video Muzik Tergempak

Izwan Isa
12/01/2023
13:50 MYT
Sponsor Banner
#GMWA2022: Berbajet Besar Hingga RM400K, Ada Special Effects, Ini Fakta Calon-Calon Top 5 Video Muzik Tergempak
Sudah menjadi lumrah dalam dunia muzik tempatan mahupun luar negara, setiap single yang diterbitkan oleh seseorang penyanyi, sudah ia pasti diiringi dengan kehadiran video muzik. Lagu yang diluncurkan itu bukan sahaja dapat dijadikan sebagai sajian halwa telinga, malah hidangan untuk mata dari segi visualnya.
Kadang-kala, populariti sesebuah lagu itu turut dipengaruhi oleh keunikan video muziknya, yang mungkin dipersembahkan dalam bentuk penceritaan ringkas dan juga filem pendek.
Mungkin formula itu yang digunapakai oleh calon-calon top 5 Gempak Most Wanted Awards 2022 bagi kategori Video Muzik Tergempak. Nak apakah ciri-ciri istimewa yang ada pada lima muzik video yang tercalon ini? Jom semak!
Bad - DOLLA
Diarahkan oleh Amos Lim, muzik video bagi lagu Bad nyanyian Dolla meraih perhatian ramai. Disebut sebagai salah satu muzik video dengan kualiti persis penyanyi-penyanyi luar negara, Bad kini menerima jumlah tontonan melebihi 4.3 juta sejak ia dilancarkan pada 11 Februari tahun lalu. Lebih menarik, terdapat kesan yang diterapkan serta tarian lincah, sepadan dengan rentak rancak lagu ini.
Gatal - Janna Nick
Pelakon dan penyanyi Janna Nick tampil dengan imej glamor, ala selebriti penyanyi kabaret menerusi video muzik Gatal. Sungguhpun jalan cerita bagi video muzik ini agak ringkas, namun peminat pasti dapat melihat sisi berbeza Janna menerusi naskhah visual ringkas bagi single yang viral sehingga ke luar negara itu. Setakat ini, video muzik Gatal telah meraih 9.4 juta jumlah tontonan.
Ku Ikhlaskan - Datuk Seri Vida
Lagu yang dikatakan sebagai lagu balasan untuk ‘bekas kekasih’, Iqbal Zulkefli, Datuk Seri Vida tampil dengan video muzik yang eksentrik untuk single baharunya, Ku Ikhlaskan. Diarahkan oleh pengarah kreatif Behati, Kel Wen, dengan kos RM400,000, klip video yang kini meraih jumlah tontonan sebanyak 3.8 juta itu turut hadir dengan kesan khas CGI yang lain daripada lain.
Satu Malam Di Temasek - Joe Flizzow (feat. SonaOne)
Ramai yang mengagumi jalan cerita yang ditampilkan oleh duo rapper ini menerusi video muzik Satu Malam Di Temasek. Hal-hal yang diceritakan termasuklah kisah solat, kehidupan penuh godaan dan juga kematian. Sejak dilancarkan, video muzik ini telah menerima 6.6 juta tontonan.
Casablanca - Nuha Bahrin & Naufal Azrin
Salah satu lagu yang cukup viral sejak dilancarkan tahun lalu, Casablanca menampilkan dua penyanyi baharu, iaitu Nuha Bahrin dan Naufal Azrin. Tampil dengan lirik campuran bahasa Melayu dan Arab, Casablanca ampuh diterima dalam kalangan penggemar muzik tempatan. Tidak hairanlah jika sejak dilancarkan, video muzik bagi lagu ini menerima sebanyak 25 juta tontonan sehingga artikel ini ditulis.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar