Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
BERITA

“The Guest List Is Really Killing Me...”- Elfira Loy Dah Mula Edar Kad Kahwin

Syafiqah Jalal 19/12/2018 | 01:47 MYT
Pelakon Elfira Loy yang dikhabarkan bakal melangsungkan pernikahannya pada 1 Januari ini dikatakan telah mula mengedarkan kad kahwinnya.
Menurut Elfira bukan perkara yang mudah untuk menyenaraikan nama-nama jemputan yang akan hadir kelak.
“The guest list is really killing me,” tulisnya
Elfira berkongsi perkara tersebut di IG (Instagram) Story miliknya semalam.
Di dalam entri yang sama dia memuat swafotonya tersenyum dan memberitahu mood pengantin sudah tiba.
“Not really smiling cause I think the bridezilla mood is coming,” tulisnya lagi.
Menerusi IG Story terdahulu juga Elfira memuat naik video sedang menyusun kad kahwin
IG Story elfira sebelum itu juga mempunyai fotonya seperi meraikan bachelorette party yang diraikan bersama rakan-rakannya.
Elfira bertunang dengan Faris Khairol Anuar ini pada 2 September lalu dan dijangka bakal mendirikan rumah tangga pada 1 Januari tahun hadapan.
Terdahulu, Elfira pernah bertunang dengan penyanyi Sufian Suhaimi, namun jodoh mereka tidak kesampaian selepas berpisah pada awal tahun ini.
#pelakon #Kahwin #Kad Kahwin #Elfira Loy #Kahwin #Pelakon