Guna Mayat Sebenar Dalam Penggambaran, Pierre Andre Kongsi Kisah Mistik – “Katanya Ada Roh Yang Tak Tenteram Ikut Balik”
Kisah Pengawet Mayat
Bercakap kepada Gempak, Pierre atau nama sebenarnya Mohd Pierre Andre Nazarul Andre, berkata, filem tersebut mengisahkan tentang individu yang bekerja sebagai pengawet mayat.
“Dalam filem tersebut, ia menceritakan tentang orang yang membedah mayat atau embalmed. Orang yang mengawet mayat. Kita menggunakan mayat betul untuk penggambaran tersebut.
Masih Diganggu
Kongsi Pierre, dia mendedahkan mengalami gangguan mistik selepas menjalani penggambaran tersebut biarpun penggambaran sudah berakhir dua tahun lalu.
“Antaranya seperti benda bergerak sendiri, botol wangian tiba-tiba jatuh dan seperti ada orang berjalan di rumah.
“Bila tanya ustaz, katanya ada roh-roh yang tak tenteram ikut balik,” kongsinya.
Berat Hati Tinggal Anak
Dalam pada itu, mengenai kemunculan semula selepas menyepi dalam industri, Pierre akui berat hati untuk meninggalkan anak-anak apabila keluar bekerja.
“Nak tinggalkan mereka, ia rasa pelik, sedikit memberi tekanan kepada saya apabila bekerja,” ujarnya.
Filem Jangan Pandang Belakang 2 yang dibarisi pelakon hebat tanah air seperti Emma Maembong, Iedil Dzhurie Alaudin, Mawar Rashid, Khatijah Tan, Cat Farish dan Alif Hadi bakal ditayangkan di pawagam pada November depan.