Viral

Guna Taktik ‘Baki Tak Cukup’ Nak Elak Bayar, Pemandu E-Hailing Ugut Bawa Penumpang Pergi Balai Polis

Umirah Halim
24/03/2024
21:00 MYT
Sponsor Banner
Guna Taktik ‘Baki Tak Cukup’ Nak Elak Bayar, Pemandu E-Hailing Ugut Bawa Penumpang Pergi Balai Polis
Kewujudan pengangkutan awam seperti e-hailing sememangnya membantu memudahkan orang ramai yang tidak mempunyai kenderaan persendirian bergerak ke satu tempat yang lain.
Namun, di sebalik kemudahan tersebut, ada dalam kalangan pemandu perkhidmatan e-hailing yang tidak bernasib baik berdepan dengan penumpang yang bermasalah seperti kaki rompak atau penipu.
Terbaharu, tular satu video memaparkan cubaan seorang pelanggan wanita menipu pemandu e-hailing.

Alasan Tak Cukup Baki Nak Bayar

Menerusi video yang tular itu difahamkan wanita tersebut memberikan alasan baki e-wallet miliknya tidak mencukupi untuk membayar tambang e-hailing tersebut.
Difahamkan wanita tersebut perlu membayar sebanyak RM11 untuk tambang namun cuba untuk ‘menawar harga’ kerana katanya baki e-wallet hanya tinggal RM4.70.
“Total tambang awak cakap berapa?,” soal wanita tersebut.
“Sebelas,” jawab pemandu tersebut ringkas,
“Saya punya Touch n Go ada RM4.70 sahaja. Kalau saya bayar RM4.70 sahaja boleh?,” tawar wanita tersebut.
“Balai polis depan ini saja,” balas pemandu tersebut.
Takut dengan ugutan itu, wanita tersebut turut mencuba helah lain dengan memberi alasan ingin menghubungi rakan untuk membantu dia membayar tambang tersebut.
Lali dengan taktik itu, pemandu e-hailing tersebut tidak mengendahkan dan bertindak memandu kereta tersebut ke balai polis berdekatan.

Sempat ‘Sound’ Penumpang

Geram dengan tindakan penumpang yang menipu itu, pemandu e-hailing tersebut turut bertindak ‘sound’ wanita tersebut kerana dipercayai tidak serik menipu pemandu e-hailing.
“Jangan suka tipu orang, awak suka tipu orang muka awak dah famous tau sebab awak tak bayar,” kata pemandu tersebut.
Wanita itu bagaimanapun menyangkal dakwaan tersebut dan mengatakan pemandu lain hanya cuba memburukkan nama nya.
“Dia takda bukti cakap saya tak bayar, dia memburukkan dan merosakkan nama saya,” ujar wanita tersebut.

Bayar Kerana Takut Dibawa Ke Balai Polis

Bagaimanapun selepas puas diceramah oleh pemandu tersebut, penumpang wanita itu akhirnya membayar tambang Grab tersebut menggunakan pembayaran QR.
Sekadar info, sebelum ini dalam kes yang lain wanita itu turut tular atas alasan yang sama, iaitu menipu pemandu e-hailing bagi mengelak melakukan pembayaran tambang.

Berita Trending: "Dipukul, Dibuang Dari Tingkat 2" - Individu Ini Dedah Kronologi Pelajar Yang Didakwa…

Berita Trending: Netizen Tegur Leher Yazmin Aziz Nampak Macam ‘Love Bite’, Ini…
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024