Gaya Hidup
Guna Tilikan Untuk Nasihat & Pandangan? Ini Hukumnya Dalam Islam
Ramai dalam kalangan kita, khususnya umat Islam yang menggunakan khidmat individu untuk meramal atau melihat sesuatu yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar – dalam erti kata lain menerima nasihat daripada tukang tilik.
Namun, apakah hukumnya dalam agama Islam?
Hukum Dalam Islam
Haram hukumnya bagi seseorang mendapatkan nasihat dan pandangan mengenai sesuatu urusan daripada tukang ramal.
BERITA TRENDING:SUHAKAM Bantah Hukuman Gantung Sampai Mati 6 Pembunuh Arwah Zulfarhan, Anggap Bukan Penyelesaian Adil
BERITA TRENDING:"Lepas Saya Letak Tu, Tak Pernah Tengok Dah Sampai Sekarang" - Individu Dipercayai Penulis Surat Layang Kes Buli Arwah Zulfarhan Tampil Bersuara
BERITA TRENDING:"Keenam-Enam Pelaku Dijatuhkan Hukuman Mati! Baru Hidup Saya Tenang" - Ibu Zulfarhan
BERITA TRENDING:"Dapat Petunjuk Ke Dapat Bisikan Iblis?" - Rita Rudaini Sokong Pihak Dapat Surat Layang Kes Zulfarhan Dihukum
Memetik satu hantaran Facebook yang dibuat oleh Jabatan Kemajuan Agama Islam (Jakim) baru-baru ini, hukum meminta khidmat tukang tilik atau tukang adalah sama bagi seseorang yang pergi kepada tukang ramal (dukun) bagi meminta mengubati sihir yang dihadapi.
“Perlakuan-perlakuan ini boleh membawa syirik kepada Allah...
Jelas Jakim, apabila seseorang pergi menemui mereka untuk mengubati sihir, perbuatan tersebut jelas membawa kepada pergantungan kepada selain Allah.
“Perlakuan-perlakuan ini boleh membawa syirik kepada Allah. Semoga kita dijauhkan daripada perkara-perkara yang boleh membawa kepada syirik kepada-Nya dan mengurniakan kepada kita kefahaman dalam mengamalkan suruhan-Nya,” tulisnya.
Tambah Jakim, mendatangi tukang ramal (dukun) adalah salah satu jenis daripada syrik kepada Allah adalah keyakinan dengan mengetahui yang ghaib atau pengubatan penyakit melalui perantaraan selain Dia
“Hadis Riwayat Muslim (5957), Nabi Muhammad SAW bersabda sesiapa yang mendatangi tukang ramal (dukun) dan bertanya kepadanya tentang sesuatu, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh malam.
“Hadis Riwayat Ahmad (9171) pula, sesiapa yang mendatangi dukun atau tukang ramal, lalu dia membenarkan apa yang dikatakannya, maka sungguh ia telah kufur kepada apa yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW,” tulisnya.
Pada tahun 2017, negara digemparkan dengan kematian Pegawai Kadet Laut, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain akibat dibuli kerana dituduh mencuri komputer riba.
Sumber: Kosmo!