Viral
Gus Miftah Jumpa Penjual Teh Yang Digelar B*doh: “Walau Bergurau, Saya Minta Maaf”
Kontroversi yang dicetuskan Utusan Khas Presiden Indonesia, Prabowo, Gus Miftah akhirnya usai selepas penceramah bebas itu bertemu penjual minuman yang dimalukan dan dihina sebagai bodoh.
BERITA TRENDING: Penjual Minuman Yang Dihina Bo*oh Oleh Gus Miftah Dapat Tajaan Umrah
Menerusi video yang tersebar di media sosial, lelaki berusia 43 tahun itu bertemu penjual teh yang dikenali sebagai Sunaji di kediamannya.BERITA TRENDING: Penceramah Bebas Biadab, Malukan & Gelar Penjual Minuman Di Majlis Agama Bo*oh
Gus Miftah dilihat memeluk bahu Sunaji bersaksikan isteri dan tetamu lain.
"Dengan kerendahan hati, saya meminta maaf atas kekhilafan saya, saya memang sering bergurau dengan siapa pun.
“Walau bergurau saya tetap minta maaf. Mungkin gurauan ini membuat ramai terganggu dan dinilai masyarakat berlebihan. Untuk itu saya minta maaf," jelasnya dia dalam sebuah video seperti dilaporkan Kompas.
BERITA TRENDING: Kecoh Kedai Jual Rendang B*b*, Penceramah Bebas Tanya; “Sejak Bila Rendang Ada Agama?”
Permohonan maaf tersebut dibuat selepas Gus Miftah menerima teguran daripada pihak kerajaan selepas sebelumnya menimbulkan kemarahan dalam kalangan masyarakat.
Dia juga berharap permohonan maafnya diterima baik oleh Sunaji dan semua pihak.
Selain itu Gus Miftah berjanji untuk lebih berhati-hati menyampaikan pendapat atau ceramah di depan masyarakat umum.
Terdahulu Gus Miftah mencetuskan kemarahan selepas video dirinya memanggil seorang penjual minuman bodoh sewaktu memberi ceramah dalam majlis Magelang Bersholawat baru-baru ini menjadi tular.