Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Gwyneth Paltrow Bicara Beza Bercinta Dengan Brad Pitt & Ben Affleck: “Pitt Gila Tapi Affleck Hebat”

Maliah Surip 05/05/2023 | 14:22 MYT

Aktres Gwyneth Paltrow diketahui pernah menjalin hubungan dengan dua aktor terkenal Hollywood, Brad Pitt dan Ben Affleck.

Paltrow bagaimanapun tidak pernah berkongsi kisah peribadi sewaktu menjalin asmara dengan kedua-dua lelaki tersebut.
Namun sewaktu muncul dalam podcast Call Her Daddy baru-baru ini, pemenang Oscar tersebut membuka cerita tentang percintaan dan hubungan ranjang bersama kedua-dua aktor tersebut.
Bertemu Pitt pada tahun 1995 sewaktu berlakon sama dalam filem Seven, Paltrow menyifatkan telah jatuh cinta pandang pertama dan percintaan mereka sangat ‘gila’.
Bagaimanapun cinta yang disulam tidak kesampaian selepas mereka memutuskan tali pertunangan pada tahun 1997 sebelum sempat berkahwin.
“Saya tak tahu mungkin pada waktu itu saya rasa ada banyak yang perlu dilakukan dalam hidup, sekurangnya sehingga saya berusia 40 tahun.
“Perpisahan tersebut adalah yang terbaik namun ia sangat menyakitkan,” akui Paltrow seperti dilaporkan CNN.
Mantan isteri vokalis Coldplay, Chris Martin itu kemudian bertemu Affleck sewaktu membintangi Shakespeare in Love dan menjalin hubungan dari 1997 sehingga 2000.
Tanpa berselindung dia mendedahkan Pitt dan Affleck lelaki yang hebat dalam asmara termasuk bercium.
“Pitt sangat berkarisma dan cinta mati saya waktu itu.
“Tapi Affleck sangat secara teknikalnya sangat hebat,” kata isteri penerbit Brad Falchuk itu.

#pelakon #Hollywood #Ben Affleck #Brad Pitt #Cinta #Gwyneth Paltrow
;