Hael Husaini Beri Sebab Kenapa Perkataan ‘Celaka’ Digunakan Dalam Lirik Lagu Diam
Penyanyi Hael Husaini memberikan justifikasi penggunaan perkataan ‘celaka’ dalam lirik bagi single terbaharunya, Diam.
Hael perkata, sebelum menulis sesebuah lagi, kajian mendalam telah dibuat dan pemilihan perkataan ‘celaka’ adalah disebabkan maknanya yang sebenar dan bukanlah bagi menggambarkan sebarang perkara yang bersifat tidak baik.
BERITA TRENDING: "Orang Tak Nak Berkawan Dengan Dia Sebab Dia Busuk Hati" - Zarina Anjoulie
“Kalau ikutkan, sebenarnya perkataan celaka disalah gunakan sedikit dalam kehidupan seharian. Sebab celaka membawa maksud malang dan sebab itu dalam laporan dan penulisan berita, kita gunakan kecelakaan apabila mahu menggambar sesuatu tragedi.
“Saya minta maaf kalau perkataan itu agak kasar. Tapi kalau boleh, kita fikir penggunaanya daripada konteks berbeza dan positif.
BERITA TRENDING: Hael Husaini Umum Peluncuran Album Sulung, ANTONIM (PART I) - “Album Ini Sangat Penting Buat…
“Cuma kali ini, saya ikut peredaran zaman dan menggunakan bahasa yang lebih dekat dengan pendengar bagi memudahkan mesej yang ingin disampaikan,” tutup Hael.
ANTONIM Part 1 boleh distrim di semua pelantar muzik bermula 5 Januari lalu.