Hiburan

Hafidz Roshdi Dihina Kerja Sebagai Penghantar Barang? - “Saya Happy Je Kerja…”

Umirah Halim
28/04/2024
09:25 MYT
Sponsor Banner
Hafidz Roshdi Dihina Kerja Sebagai Penghantar Barang? - “Saya Happy Je Kerja…”
Pelakon, Hafidz Roshdi memaklumkan bahawa dia berasa senang bekerja sebagai penghantar barangan (rider) di sebuah syarikat penghantar barangan popular.

Ada yang hina?

Menerusi perkongsian di Instagram Story miliknya, bapa kepada dua anak itu, meminta agar orang ramai mendoakan agar kesihatannya sentiasa baik bagi mencari nafkah yang halal buat anak-anaknya.
Malah, Hafidz juga berasa gembira bekerja bersama Lalamove walaupun ada yang menghina pekerjannya itu.
“Saya happy je kerja dengan @lalamovemy tapi saya terbaca ada pihak yang menghina kerja saya ni.
“Apapun doakan saya terus sihat untuk dapat berkhidmat demi pendapatan yg halal dan nafkah anak-anak. Apapun saya tetap bersama @lalamovemy,” katanya.

Nafkah anak

Terahulu, bekas isteri Hafidz iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri pernah mendedahkan aktor tersebut culas membayar nafkah buat kedua-dua anak mereka iaitu Humairah, 7, dan Umar, 4 tahun.
Kata Shuhada, Hafidz hanya memberi nafkah sebanyak RM100 untuk setiap orang anak mereka.
Bagaimanapun pada Mac lalu, Shuhada memaklumkan Hafidz sudah pun menaikkan jumlah bayaran nafkan untuk anak mereka sebanyak RM200 sebulan.
Pun begitu, kata Shuhada bekas suaminya itu masih lagi tidak memberikan komitmen sepenuhnya dan culas membayar nafkah.
Untuk rekod, Hafidz mendirikan rumah tangga dengan Shuhada pada 30 April 2016
sebelum disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, 27 Julai tahun lalu.
Hafidz kemudiannya bernikah dengan wanita pilihannya iaitu Athira Yuhada pada 15 Disember tahun lalu.

Berita Trending: "Saya Tak Wajib Hadir, Nak Settlekan Kes Ini Cepat-Cepat" - Hafidz Roshdi

Berita Trending: Kerap Tak Hadir Mahkamah, Netizen Geram Perangai Hafidz Roshdi - “Nampak Sangat Tak Bertanggungjawab”
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar