Laman Utama

Hafidz Roshdi Terharu Dengan Nota Sharnaaz Ahmad, Komen Aishah Azman Pula Tarik Perhatian Netizen

Asyikin Mayudin
16/03/2023
00:55 MYT
Sponsor Banner
Hafidz Roshdi Terharu Dengan Nota Sharnaaz Ahmad, Komen Aishah Azman Pula Tarik Perhatian Netizen
Pelakon Hafidz Roshdi membalas semula nota daripada Sharnaaz Ahmad dengan ucapan terima kasih kepada aktor yang dianggap sahabatnya.
Hafidz menerusi perkongsian di Instagram miliknya meluahkan rasa terharu dengan doa dan nasihat daripada Sharnaaz serta rakan-rakan, peminat dan ahli keluarga.
“Assalam bro Sharnaaz, terima kasih banyak-banyak sahabatku kerana telah meluangkan masa untuk menulis nota yang sangat bermakna bagi menjalani proses ini.
“I’m so touched bro! Tidak lupa juga kepada rakan selebriti, rakan-rakan, peminat, ahli keluarga dan media yang sentiasa mendoakan baik-baik buat Hafidz.
“Hanya Allah SWT dapat membalas jasa kalian,” kata Hafidz.
Rata-rata netizen turut mendoakan agar pelakon itu kembali sihat dan memperbetulkan segala kesilapannya selain terus kuat berdepan ujian.
Selain itu, komen aktres Aishah Azman yang mendoakan agar Allah melindungi Hafidz sekeluarga turut menarik perhatian netizen.
“Moga Allah lindungi abang dan keluarga Amin ya Mujib,” komen Aishah.
Terdahulu, Sharnaaz menerusi laman Instastory miliknya mendoakan Hafidz dan bekas isterinya Nurul Shuhada Mat Shukri terus kuat menempuh ujian.
Pelakon filem Jebat ini turut berharap agar Hafidz cepat sembuh daripada masalah kesihatan mental dan kembali memperbetulkan kesilapannya.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar