Hiburan

Halim Yazid Kahwini Peminat Usia 21 Tahun! - "Isteri Pertama Tahu Hubungan Kami, Mereka Tak Gaduh"

Gempak
23/02/2024
04:51 MYT
Sponsor Banner
Halim Yazid Kahwini Peminat Usia 21 Tahun! - "Isteri Pertama Tahu Hubungan Kami, Mereka Tak Gaduh"
Legenda dikir barat Kelantan, Halim Yazid, 64, bertemu jodoh dengan wanita pilihannya, Farhana, 21, yang juga salah seorang peminat tegarnya.

BERITA TRENDING: Ini Sebab Kenapa Halim Yazid Berniaga Nasi Lemak - “Sebenarnya, Baru Enam Bulan Saya Berniaga…”

Hasil perkahwinan dengan wanita yang berasal dari Bachok, Kelantan itu, Halim dikurniakan seorang cahaya mata perempuan berusia enam bulan.
"Perkenalan dengan isteri kedua ini sangat unik kerana sebelum ini dia pernah mengasuh anak sepupu, kemudian kami berkenalan di media sosial.
"Lebih menarik kerana dia juga berasal dari Kelantan dan merupakan peminat saya. Walaupun masih muda, namun dia tahu lagu-lagu dikir yang dinyanyikan oleh saya.
"Apa yang boleh saya katakan, isteri pertama tahu mengenai hubungan kami, mereka berdua tidak bergaduh," katanya.
Selain bayi berkenaan, Halim turut mempunyai lapan lagi cahaya mata hasil perkongsian hidup dengan isteri pertama.
Halim ditemui di majlis pengumuman Konsert Zikir Dikir yang bakal berlangsung pada 3 Mei depan di Pusat Konvensyen, Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu.

BERITA TRENDING: Konsert Zikir Dikir Papar Gabungan Unik Irama Kerohanian & Kebudayaan

Selain bidang nyanyian, Halim turut menjalankan perniagaan nasi lemak dan nasi berlauk sejak tujuh bulan lalu di kawasan Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang sekadar untuk mengisi masa lapang.
Pesara dari Universiti Malaya itu terkenal menerusi lagu Anak Tupai, berkata kebanyakkan undangan persembahan diterima membabitkan acara tertutup sehingga dia disangka sudah tidak lagi aktif.
"Daripada otak jadi tepu tak buat apa-apa di rumah, lebih baik saya lakukan sesuatu. Dapat juga tambah pendapatan.
"Lagipun saya buka gerai sebab nak jumpa peminat, ada di antara mereka yang datang semata-mata untuk bergambar dengan saya.
"Jadi jika ada undangan persembahan, saya terpaksa tutup gerai. Walaupun isteri boleh jagakan, tapi saya takkan buka kerana tak mahu peminat hampa apabila saya tiada di situ," katanya.
Sumber: Harian Metro
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar