Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Hamil 38 Minggu, Faye Kusairi Kena Serangan Bell Palsy Ketika Menggosok Gigi - "Muka Sebelah Kanan Lumpuh"

Amri Hassan 09/12/2020 | 02:35 MYT
Pelakon Faye Kusairi meluahkan rasa syukur selepas ditahan di sebuah pusat perubatan di ibukota sejurus mendapat serangan Bell Palsy pada Jumaat lalu.
Faye yang kini sedang berehat di kediamannya selepas dibenarkan pulang pada Ahad memberitahu dia diserang kejang otot pada muka sebelah kanannya ketika sedang menggosok gigi.
"Alhamdulillah saya sudah dibenarkan pulang. Saya dimasukkan ke hospital sepanjang hujung minggu apabila disahkan mengalami serangan Bell Palsy pada pagi Jumaat ketika sedang menggosok gigi.
"Saya masih belum pulih sepenuhnya tetapi dalam progres. Separuh muka sebelah kanan saya paralysed (lumpuh) sejak Jumaat dan saya menjalani rawatan bersama neurologis, ia semakin pulih.
"Sekarang saya sudah boleh menggerakkan otot wajah saya sedikit sebanyak. Syukur Alhamdulillah," katanya.
Dalam pada itu, Faye kini sedang menanti hari untuk bersalin memandangkan usia kandungannya sudah mencecah 38 minggu.
"Jadi, sekarang saya teruskan berehat di rumah dan usia kandungan saya sudah 38 minggu. Pada masa sama saya meneruskan rawatan Bell Palsy di rumah.
"Mohon doakan kesihatan saya diteruskan dengan baik dan dipermudahkan," tambahnya.

A post shared by ???? ??????? ???????? (@fayekusairi)

Bell’s Palsy, penyakit membabitkan kerosakan pada satu saraf muka iaitu ‘facial nerve.
Situasi itu berlaku apabila otot yang mengawal ekspresi wajah tidak berfungsi dengan normal akibat kecederaan atau gangguan saraf muka.
Antara selebriti ternama dikaitkan dengan penyakit ini adalah Slyvester Stallone, Pierce Brosnan, Angelina Jolie, George Clooney, Rano Karno, Nita Thalia dan Sam Bailey (Pemenang X Factor 2013).
#pelakon #Faye Kusairi #Hamil #Azmi Hatta #Lumpuh #Bell Palsy
;