Berita

Hampir 2 Tahun 'Diperam', Telefilem Kontroversi Akhirnya Dibenar Tayang Walau Terima 80,000 Petisyen Haramkan

ZULHILMI JALIL
26/10/2020
00:57 MYT
Sponsor Banner
Hampir 2 Tahun 'Diperam', Telefilem Kontroversi Akhirnya Dibenar Tayang Walau Terima 80,000 Petisyen Haramkan
Selepas penantian hampir dua tahun, akhirnya telefilem kontroversi Demi Tuhan Aku Bersaksi yang memaparkan kisah kehidupan golongan Lesbian, Gay, Biseksual & Transgender (LGBT) bakal ditayangkan pada hujung bulan ini.
Semestinya ia merupakan satu penantian yang cukup lama buat semua barisan tenaga produksi yang ternanti-nanti karya mereka selama ini.
Bagi pelakon utamanya, Syafie Naswip sendiri mengakui dia tidak menyangka naskhah lakonannya yang menggayakan watak sebagai mak nyah itu akhirnya bakal menemui penonton.
"Saya tak jangka cerita ini akan keluar, tapi bila diumumkan itu, saya anggap ini satu kebaikkan dan hal yang bagus.
"Maklumlah, sebab dah lama sangat, ingatkan akan disimpan sahaja memandangkan sebelum ini siap terdapat petisyen untuk tidak ditayangkan.
"Bila diumumkan akan tayang, saya anggap ini satu kebaikan, perkara yang bagus. Harapnya apa yang sudah sama-sama kerjakan itu dapat disaksikan orang ramai dan dimanfaatkan," katanya ketika dihubungi Astro Gempak.
Menurut Syafie lagi, dia juga menasihati orang ramai di luar sana agar tidak terlalu cepat menghukum karya tersebut sebelum melihat dan menontonnya sendiri.
"Saya lebih kepada tak faham mentaliti orang kita. Sepatutnya, kita beri ruang untuk tonton sebelum menghukum atau nak mengecam," katanya.
Pada masa sama, ujar Syafie, dia juga berasa gementar untuk melihat sendiri lakonannya dalam cerita tersebut.
"Secara peribadi, saya agar gementar kerana tak tahu macam mana karakter dalam cerita itu bergerak. Semasa di set shoot kita tak nampak, kita pun tak ada pratonton. Tahu-tahu nak tayang sahaja.
"Bagaimanapun, saya letakkan kepercayaan kepada pengarah. Kalau pengarah kata okey, okeylah," ceritanya.
Sementara itu, penerbitnya, Fadzil Zahari berkata, dia bersyukur apabila naskhah tersebut akhirnya dapat menemui penonton selepas menerima pelbagai kecaman daripada orang ramai.
"Setelah lebih 80,000 petisyen tandatangan untuk haramkan tayangan telemovie Demi Tuhan Aku Bersaksi pelbagai kecaman yang abang, isteri, keluarga, pengarah, kru dan pelakon terima.
"Daripada sekecil-kecil cacian hinggalah kami dikatakan ejen Yahudi, keluarga disumpah masuk neraka. Abang maafkan semuanya.
"Semalam dengan izin Allah Taala, telemovie ini dah mendapat tarikh tayangannya, 31 Oktober 2020 jam 9 malam di TV1," tulisnya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram miliknya.
Setelah lebih 80,000 petisyen tandatangan untuk haramkan tayangan telemovie #DemiTuhanAkuBersaksi pelbagai kecaman yang abang, isteri, family, direktor, krew & pelakon terima.. dari sekecil cacian hinggalah kami di katakan agen Yahudi, keluarga di sumpah masuk neraka.. Abang maafkan semuanya... semalam dengan izin Allah Taala, telemovie ini dah mendapat tarikh tayangannya 31 Okt 2020 jam 9malam di TV1. Abang percaya, ramai yang tunggu nak tonton, sebab hampir 2tahun dah cerita ni ditunda tayangannya. Mohon semua tonton sendiri dan buat penilaian, harap dakwah cerita ni sampai pada setiap yang memerlukan insyaAllah... . tag kawan kawan hangpa yang dah tunggu lama nak tengok okay ? . Thank u RTM . Production: @prokuyastudios Exec Prod: @YanaSamsudin Director: @eyrahman22 Cast: @SyafieNaswip @FezrulKhan @SheilaHassan @IsmailYaacob @TaiyuddinBakar @MelanieCtn
A post shared by Fadzil Zahari (ProkuyaStudios) (@fadzilzahari) on
Menurut Fadzil lagi, dia memohon agar penonton dapat menilai sendiri karya arahan Eyra Rahman itu yang sarat dengan mesej demi kebaikan bersama dalam kehidupan bermasyarakat.
"Abang percaya, ramai yang tunggu nak tonton sebab hampir dua tahun dah cerita ini ditunda tayangannya.
"Mohon semua tonton sendiri dan buat penilaian, harap dakwah cerita ni sampai pada setiap yang memerlukan, Insya-Allah," tulisnya.
Sebelum ini, Fadzil juga pernah bersuara meminta penjelasan daripada pihak penyiar televisyen berhubung naskhah tersebut.
BACA:Hampir Setahun Tunggu, Telefilem LGBT Masih Belum Ditayangkan - Fadzil Zahari Minta Penjelasan Dari...
Telefilem berkenaan menceritakan kisah kehidupan maknyah yang cuba berubah dengan memasuki institusi pondok bagi mendalami ilmu agama.
BACA: Sedia Dikecam, Fadzil Zahari Terbitkan Drama LGBT
Nakshah tersebut menampilkan pelakon Syafie Naswip selaku teraju utama.
Sebelum ini, poster telefilem itu juga mencuri tumpuan warganet apabila menampilkan dua sisi berbeza Syafie yang dipaparkan dalam keadaan berserban dan berpenampilan wanita.
Kredit foto: Instagram Eyra Rahman, Syafie Naswip & Fadzil Zahari
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar