Pelakon dan penerbit Prokuya Studios, Fadzil Zahari meminta penjelasan daripada sebuah stesen penyiar televisyen tempatan apabila naskhah telefilem yang mengisahkan kehidupan golongan LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender) masih belum ditayangkan sehingga ke hari ini.

Menurut Fadzil, telefilem berjudul Demi Tuhan Aku Bersaksi itu sepatutnya ditayangkan pada Oktober lalu.

"Assalamualaikum... tumpang tanya RTM, bila akan ditayangkan telemovie #DemiTuhanAkuBersaksi ni?

"Selepas preview dengan Mufti Wilayah Kuala Lumpur dan mendapat maklum balas yang baik dan penuh dakwah, sampai sekarang dah nak dekat setahun, mufti pun dah naik jadi Menteri Agama Islam, tapi cerita ni masih belum ditayangkan. Boleh kami tahu pasaipa?," tulisnya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut mempersoalkan mengapa telefilem tersebut masih belum disiarkan biarpun sudah hampir setahun lamanya.

"Haa, kata Oktober dulu kan..rasanya ni dah Mei dah ni.

"Lama dah tunggu cerita ni, tengok macam menarik,

"Tolong keluarkan cerita ni," tulis sebahagian komen netizen.

Dalam posting tersebut, Fadzil turut berkongsi poster telefilem yang memaparkan dua imej berbeza teraju utamanya, Syafie Naswip berpakaian alim dan berpenampilan wanita.

Assalamualaikum... tumpang tanya RTM, bila akan di tayangkan telemovie #DemiTuhanAkuBersaksi ni? . . Selepas preview dengan Mufti Wilayah KL dan mendapat feedback yang baik & penuh dakwah, sampai sekarang dah nak dekat setahun, Mufti pun dah naik jadi Menteri Agama Islam tapi cerita ni masih belum di tayangkan ? boleh kami tau pasaipa?? . . @prokuyastudios

A post shared by Fadzil Zahari (@fadzilzahari) on


Posting tersebut juga kemudian turut dimuat naik semula oleh teraju utamanya, Syafie di akaun Instagram miliknya.

"Moga dipermudahkan," tulisnya ringkas.







Terdahulu, Fadzil memberitahu, karya yang diarahkan oleh Eyra Rahman itu diinspirasikan daripada kisah benar.

Naskah tersebut dikatakan mengupas isu sensitif apabila menyentuh isu LGBT dalam kalangan pelajar pondok.

BACA: Sedia Dikecam, Fadzil Zahari Terbitkan Drama LGBT

Saksikan drama lakonan Fadzil Zahari di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.

Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!