Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Berita

“Hang Suruh Aku Doa, Aku Dah Buat, Tapi Hang…”- Impian Dr Norzizi Zulkifli Diteruskan Walaupun Bapanya Sudah Pergi

Syafiqah Jalal 24/09/2020 | 05:59 MYT
Pelakon Dr Norzizi Zulkifli memberitahu impiannya untuk memiliki title Prod Madya tidak dapat direalisasikan sebelum pemergian bapanya Datuk Zulkifli.
Namun Norzizi berazam impian itu akan dilaksanakan walaupun bapanya tidak dapat melihat kejayaan tersebut.
“Sejak kecil saya dah menanam impian ini. Masa darjah 4 macam tu, saya dah conteng-conteng nama saya di buku conteng sekolah rendah as Prof Madya Dato Dr Norzizi Haji Zulkifli.
“Tahun lalu, saya minta Papa “Pa, doa-doalah Zi jadi Prof Madya. Nanti-nanti Zi nk apply!”. Jadi sayapun tak ada lah mohon lagi tapi siap-siapkan dulu segala keperluan untuk nak mohon Prof Madya.
“Bukan senang, banyak yang perlu disiapkan, Dan tahun ni ingat nanti-nanti nak mohon tapi tu lah nak isi borang dan siapkan keperluan pun banyak. Itu belum masuk benda-benda yang belum layak nak kena disiapkan.
“Sekarang Papa dah tak ada dan tahun lepas dia ada cakap “Hang suruh aku doa,aku dah doa tapi hang tak mohon2!” Ada nada kecewa disitu.
“Sekarang, ia bukan lagi cuma impian saya. Ia dah menjadi impian bersama! Nanti ok Pa!,” katanya.
Norzizi berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Dalam entri tersebut dia memuat naik foto di hadapa tempat letak kereta berjawatan Profesor Madya.
Allahyarham yang juga suami kepada pelakon Datin Normala Omar menghembuskan nafasnya yang terakhir ketika azan maghrib pada 5 September lalu.

Ini adalah impian saya. Sejak kecil saya dah menanam impian ini. Masa darjah 4 mcm tu, saya dah conteng2 nama saya di buku conteng sekolah rendah as Prof Madya Dato Dr Norzizi Haji Zulkifli ?????? Sebab sy kecik2 selalu tengok TV3 program Sekapur Sirih. Akan tertulis nama2 tetamu jemputan dan sy mula ingat Madya tu nama org and saya kata “Sedapnyaaaa nama dia!!!”?? Next time around saya nampak plak lg nama Madya ni & waktu ni dah triggered d fikiran sy yg ni bukan nama dia ni! Then sejak itu tertanam impian nk ada Prof Madya depan nama saya! ???Last year Sy minta Papa “Pa, doa-doalah Zi jadi Prof Madya. Nanti2 Z nk apply!” So Sy pun tak de lah apply lg tapi siap2kan dulu segala keperluan utk nk mohon PM. Bukan celah gigi weiiii... banyak keperluannya. Dan tahun ni ingat nanti2 nk mohon tp tu lah nk isi borang and siapkan keperluan pun banyakkk? n blum masuk benda2 yg belum layak nk kena disiapkan??. Now, Papa dah tak de and last dia ada cakap “Hang suruh aku doa,aku dah doa tapi hang tak mohon2!!!” Ada nada kecewa d situ ?? Sekarang, ia bukan lagi cuma impian saya. Ia dah menjadi impian bersama! Nanti ok Pa!!!! ?? Anda pun nak doakan k? ??????? *saya belum dapat Prof Madya. Jgn ucap tahniah. Saya posing di parking Prof Madya sahaja! ???

A post shared by norzizi zulkifli (@norzizizulkifli) on

#pelakon #Meninggal Dunia #Pelakon #Norzizi Zulkifli #Bapa
;