Hiburan

Hangat Isu Penyondol, Amyra Rosli Ambil Pengajaran - “Hanya Tengok & Ambil Iktibar"

Firdaus
29/04/2024
07:55 MYT
Sponsor Banner
Hangat Isu Penyondol, Amyra Rosli Ambil Pengajaran - “Hanya Tengok & Ambil Iktibar"
Sejak kebelakangan ini, isu berkaitan penyondol sememangnya sedang hangat diperkatakan oleh ramai pihak.

Ambil Iktibar Isu Penyondol

Berkongsi pandangan berhubung perkara itu dari perspektif seorang isteri, pelakon Amyra Rosli menyatakan dirinya mengambil iktibar terhadap permasalahan yang berlaku ketika ini dan sentiasa mendoakan terbaik untuk mana-mana pihak terlibat dalam isu berkenaan.
“Apa yang terjadi kepada mereka di luar sana, Myra anggap itu juga dugaan kepada Myra sendiri tentang sejauh mana Myra akan ‘mengumpat’ atau ‘mengata’ mereka yang terlibat.
“Myra hanya tengok dan ambil iktibar, itu sahaja. Kalau kita mengata orang, esok lusa kena ‘batang hidung’ sendiri macam mana? Kita tak boleh kata yang diri kita baik.
“Jadi kita ambil pengajaran dan kita doakan yang baik-baik untuk sesiapa sahaja yang ‘disondol’ ataupun ‘penyondol’. Itu sahaja yang sebaiknya,” ujarnya.

Wujud Rasa 'Overthinking'

Berkongsi lebih lanjut tentang perasaannya berkaitan isu tersebut, Amyra ketika ditemui di majlis HELLO NU Sentral yang berlangsung pada Sabtu bagaimanapun tidak menafikan wujud kerisauan dalam hubungannya bersama suami dek kerana perkara terbabit.
“Memang overthinking. Tapi Myra dah di tahap yang rasa overthinking tu hanya memakan diri sendiri. Myra sebagai isteri bila kita down, anak-anak pun terbabit sekali.
“Myra tahu yang Amar tahu jaga batas bila berlakon, jadi kepercayaan dan kesetiaan tu benda yang penting dalam perhubungan.
“Sebab tu Myra tak mahu terbeban sangat dengan rasa overthinking sebab macam mana nak gembira kalau asyik terfikir tentang itu. Jadi Myra ambil pendekatan supaya buat cara masing-masing supaya tak terbeban dengan perasaan itu,” katanya.
Sekadar info, isu rumah tangga penyanyi, Aliff Aziz dan isteri, Bella Astillah, sebelum ini hangat diperkatakan apabila pelantun lagu Sayang-Sayang itu ditangkap khalwat bersama aktres, Ruhainies.
Bukan itu sahaja, kes kecurangan Aliff Aziz sekali lagi menggemparkan industri tanah air apabila baru-baru ini kekasih gelapnya yang dikenali sebagai Sarah Yasmine, berkongsi segala ‘pekung’ setiap individu terlibat dalam masalah rumah tangga penyanyi itu.

BERITA TRENDING: Ini Sebab Kenapa Ruhainies Tak Hubungi Bella Selepas Kejadian Khalwat – “Saya…”

BERITA TRENDING: Sedar Berada Di Pihak Yang Salah, Ruhainies Mohon Maaf Secara Terbuka Kepada Bella Astillah
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar