Hiburan

Ini Sebab Kenapa Ruhainies Tak Hubungi Bella Selepas Kejadian Khalwat – “Saya…”

gempak
Umirah Halim
29/04/2024
01:00 MYT
Sponsor Banner
Ini Sebab Kenapa Ruhainies Tak Hubungi Bella Selepas Kejadian Khalwat – “Saya…”
Pelakon Ruhainies tampil mendedahkan alasan mengapa dia tidak bertindak menghubungi Bella Astillah selepas kekecohan penangkapan khalwat membabitkan dirinya dan suami Bella, Aliff Aziz.

Detik hitam dalam hidup

Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah, 31 memberitahu, kejadian penangkapan khalwat itu merupakan salah satu detik hitam yang dialami dalam hidupnya.
Jadi, dia mengambil masa untuk menghubungi Bella Astillah bagi menyelesaikan isu tersebut.
“Saya tampil untuk memberi kenyataan sekarang kerana saya menunggu masa yang sesuai sebab isu ini terlalu panas dan saya tidak mahu apa-apa kenyataan yang saya keluarkan dimanipulasikan.
“Masa situasi ini (khalwat) berlaku juga saya terkejut kerana pertama kali berlaku dalam hidup saya dan ini merupakan satu detik hitam dalam hidup saya, saya trauma.
"Beberapa hari kemudian, saya ada cuba hubungi Bella, text dia untuk berbincang tapi dia tak angkat. Jadi, saya juga tak mahu mendesak dan faham situasi dia tengah marah dan emosi,” katanya menerusi temubual di program hiburan tempatan.

Tidak mahu isu berlarutan

Bagaimanapun, Ruhainies turut memaklumkan bahawa dia enggan memberi respons atau menampilkan apa-apa bukti bagi mempertahankan dirinya kerana tidak mahu kes ini berlarutan.
Malah, dia menganggap apa sahaja yang sudah terjadi ini sebagai ujian di dalam hidupnya.
“Apa-apa sahaja bukti yang saya ada pun saya tak mahu dedahkan kerana saya tidak mahu kes ini berpanjangan sebab saya tahu orang ada family, ada anak banyak hati kena jaga.
“Kalau ikut emosi mestilah saya nak cerita bagi pihak saya sebab there's always another two side of story tapi saya nak lupakan sengketa yang ada tidak perlu saya bercerita dan memanjangkan lagi.
“Saya ambil semua ini sebagai ujian, semua yang berlaku ini ada hikmah disebaliknya, saya pun manusia biasa tak lari dari kesilapan.
“Saya tak mahu bercerita lagi menegakkan benang yang basah walaupun ada cerita disebaliknya lagi saya nak hentikan semua ini dan jernihkan keadaan ini,” tambahnya lagi.
Terdahulu, Ruhainies telah mengakui khilaf dan tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Bella Astillah susulan kontroversi yang membabitkannya dengan suami aktres itu.
Untuk info, pada 9 Mac lalu, Ruhainies dan aktor Aliff Aziz ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWl) di sebuah kondominium di ibu negara.
Susulan itu, Bella memfailkan cerai secara ekspres terhadap Aliff pada 13 Mac lalu namun sebutan kedua permohonan berkenaan pada 4 April lalu tidak berjalan seperti diharapkan.
Aliff ketika prosiding berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan enggan menceraikan Bella dengan alasan masih sayangkan isterinya.
Sumber: Melodi

Berita Trending: Terlalu Banyak Episod, Netizen Gigih Lukis Peta Minda Kronologi…

Berita Trending: Sedar Berada Di Pihak Yang Salah, Ruhainies Mohon Maaf Secara…
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024