Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Hanis Zalikha & Hairul Azreen Mengaku Tak Keluar Mengundi

Amri Hassan 19/05/2018 | 08:06 MYT

Kecoh di laman sosial baru-baru ini mengenai pasangan selebriti Hanis Zalikha dan Hairul Azreen yang didakwa tidak mengundi ketika Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.

Terdapat segelintir netizen mempertikaikan Hanis dan Hairul yang tidak memuat naik foto jari mereka dengan dakwat kekal PRU14.
Bertemu dengan pasangan ini di majlis pelancaran koleksi Jakel Barulah Raya di Jakel Mall sebentar tadi, mereka mengakui tidak keluar mengundi.
"Atas tuntutan kerja, kami tidak mengundi dan rasa sangat ralat. Sepatutnya PRU kali ini menjadi PRU kedua kami mengundi.
"Namun begitu, atas kekangan kerja, kami tak sempat mengundi. Kami terlibat dengan penggambaran sebagai wajah koleksi Hari Raya Jakel pada hari tersebut.
"Pengurus kami telah menetapkan jadual tersebut lebih awal lagi dan tidak boleh dipinda kerana kekangan kerja Hairul yang sangat sibuk di set penggambaran filem Paskal. Sejujurnya, kami sangat ralat," kata Hanis.
Hanis dan Hairul akan memastikan mereka turun mengundi di PRU akan datang.
"Kami akan memastikan yang pada lima tahun akan datang, kami akan mengundi nak menunaikan kewajipan sebagai seorang pemilih serta rakyat Malaysia.
"Kami juga akan mengingatkan peminat kami untuk mendaftar sebagai pengundi dan turut sama-sama mengundi di PRU akan datang," katanya lagi.
Pasangan ini bersama anak mereka, Yusuf Iskandar dipilih sebagai wajah kempen Jakel Barulah Raya untuk tahun yang kedua.
Selain Hanis, Hairul dan Yusuf, selebriti lain yang turut menjadi wajah kempen ini ialah Ayda Jebat, Nabil Ahmad, Datuk Aaron Aziz, Harith Iskander, Scha Alyahya, Awal Ashaari, Lara Alana dan Upin Ipin.
Teks: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram @jakeltextile

#pelakon #Hanis Zalikha #Hairul Azreen #Pelakon #PRU14
;