Laman Utama

Hanya Ada Beberapa Bulan Hidup, Wanita Minta Suami Izin Diri Mahu Tiduri Bekas Kekasih

Maliah Surip
14/08/2023
01:45 MYT
Sponsor Banner
Hanya Ada Beberapa Bulan Hidup, Wanita Minta Suami Izin Diri Mahu Tiduri Bekas Kekasih
Hancur hati seorang suami apabila impian untuk mengabdikan diri pada fasa terakhir bersama isterinya selepas mendengar permintaan wanita tersebut.
Itulah topik yang agak hangat di aplikasi Raddit apabila seorang lelaki membuat luahan hati mengenai keadaan diri dan isterinya kini.
Meski luahan tersebut telah dipadam namun ada seorang pengguna yang telah sempat mengambil ulang perkongsian yang menjadi bualan.
Menurut Pubity, lelaki tersebut menerusi salah sebuah forum ‘Adakah Saya Tidak Berguna’ meluahkan kekecewaan selepas isterinya yang didiagnos dengan penyakit kronik dan diberikan tempoh beberapa bulan untuk hidup oleh doktor telah membuat permintaan yang disifatkan ‘tidak masuk akal’.
Wanita yang diberi tempoh hidup selama sembilan bulan tersebut didakwa meminta izin daripada suami untuk meniduri bekas teman lelakinya.
Sang suami mengatakan isterinya meminta untuk tidur dengan bekas kekasih buat kali terakhir namun tidak tahu adakah lelaki tersebut mampu menunaikan hajat yang diminta.
Lelaki itu mengaku sangat marah, kecewa dan berasa tersakiti dengan permintaan isterinya kerana apa yang ingin dilakukan adalah membantu wanita itu mengharungi hidup sebelum ajal menjemput.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar