Viral
Hanya Kerana Nafsu, Warga Emas Perdaya Remaja Perempuan Dengan Kisah ‘Makhluk Asing’ Untuk Hubungan S*ksual
Seorang lelaki warga emas berusia 74 tahun ditahan selepas didapati cuba memperdaya remaja perempuan untuk melakukan hubungan seksual bersamanya.
Lebih menjijikan apabila lelaki yang dikenali sebagai Hirohito Shibuya itu didakwa menggunakan taktik menakutkan remaja perempuan dengan mengatakan makhluk asing akan membunuh mereka jika menolak.
Pada penghujung tahun 2022, warga emas yang bekerja sebagai tukang tilik itu cuba memperdaya wanita berusia 18 hingga 27 tahun dengan mengatakan bahawa makhluk asing itu akan menangkap, menghakis idenditi dan mengantikan mereka.
Dia juga meyakinkan gadis tersebut bahawa satu-satunya cara untuk menghentikan proses ini adalah dengan melakukan hubungan seksual dengannya.
Namun, menurut laporan media antarabangsa sebelum sempat dijatuhkan hukuman pada Isnin (20 Januari), lelaki tersebut ditemui mati di rumahnya.
Must-Watch Video