Viral
Hanya Mengemis Sekitar 5 Jam Di Pasar Malam, Peminta Sedekah Ini Berjaya Beli Proton X70 Premium
Kerja hanya mengemis sekitar empat hingga lima jam sehari, seorang peminta sedekah berstatus orang kurang upaya (OKU) berjaya memiliki sebuah kenderaan kenderaan SUV Proton X70 Premium.
BERITA TRENDING: 'Berkat' Dimalukan Baim Wong, Pakcik Suhud 'Banjir' Bantuan & Dapat Sumbangan RM15K
Menerusi laporan yang dikongsikan di Facebook, kegiatan peminta sedekah yang ‘diserbu’ ketika dia melakukan aktiviti berkenaan di Pasar Malam Sri Jaya, Maran, Terengganu.
“Pegawai penguatkuasa JKM Maran menghampiri lelaki tersebut dan bertanya tujuan dia meminta sedekah. Namun, pertanyaan kakitangan JKM tidak dijawab. Dia kelihatan seperti seorang yang pekak dan bisu.
“Dalam beg kertasnya pula ada kepingan duit kertas, sedekah pengunjung pasar malam. Selepas diasak dan diminta dokumen pengenalan, barulah dia bersuara. Rupaya dia normal dan bukanlah seorang pekak dan bisu, cuma seorang OKU Fizikal iaitu kedua-dua belah tangannya tidak normal.
Dia berkata kad pengenalannya berada di dalam kereta. Penguatkuasa JKM mengekori lelaki tersebut ke keretanya. Percaya atau tidak, seorang yang tadinya hanya berdiri meraih simpati orang ramai atas kekurangan dirinya memandu sebuah Proton X70 Premium,” tulis hantaran itu.
Siasatan lanjut yang dijalankan oleh Penguatkuasa JKM mendapati, peminta sedekah yang tinggal di Balok, Kuantan dan akan ke pasar-pasar malam untuk menjalankan aktiviti pengemisan.
“Semakan juga mendapati dia menerima Elaun Pekerja OKU daripada pihak JKM sebanyak RM450 sebulan sejak 2001 lagi.
BERITA TRENDING: Hidup Ini Jangan Suka Meminta-Minta, NABI Larang ! Selagi Ada Daya, Usaha dan Berbelanja Seadanya
“Dia juga mengaku bahawa kereta Proton X70 Premium tersebut adalah miliknya. Menurut peminta sedekah itu lagi, hasil kutipan daripada aktiviti pengemisannya boleh mencecah sehingga RM500 bagi tempoh empat hingga lima jam berada di pasar-pasar malam,” tulis hantaran itu.
Bagaimanapun, lelaki tersebut dilepaskan dengan amaran oleh Penguatkuasa JKM.
Sumber: Facebook