Laman Utama

'Berkat' Dimalukan Baim Wong, Pakcik Suhud 'Banjir' Bantuan & Dapat Sumbangan RM15K

gempak
Maliah Surip
15/10/2021
01:50 MYT
Sponsor Banner
'Berkat' Dimalukan Baim Wong, Pakcik Suhud 'Banjir' Bantuan & Dapat Sumbangan RM15K
Kisah pelakon Indonesia, Baim Wong memarahi dan seperti memalukan seorang warga emas yang meminta dirinya membeli jualan berupa buku agama, namun disangka mengemis masih menjadi perbualan di republik tersebut.
Selepas mendapat perhatian dari seluruh rakyat dan selebriti serta menjadi jemputan dalam banyak program di televisyen, warga emas yang dikenali sebagai Pakcik Suhud kini dibanjiri dengan pelbagai sumbangan.
Antara sumbangan terbesar yang diterima adalah daripada Yayasan Gerak Menebar Kebaikan.
Menurut laporan Kompas, yayasan tersebut telah melakukan pengumpulan dana buat warga emas berusia 70 tahun tersebut dan sambutan yang diberi cukup menggalakkan.
Malah, yayasan tersebut terpaksa menghentikan atau menutup 'panggilan' dana hanya dalam tempoh dua hari selepas berasa sumbangan yang diberi sudah mengcukupi.
""Alhamdulillah sumbangan untuk Kakek Suhud sudah terkumpul Rp 50.000.000, (RM15,000) per hari ini. Sumbangan untuk Kakek Suhud kami close," tulis akaun Instagram @gerakmenebarkebaikan.
Akaun yang sama menyatakan akan menyampaikan sumbangan diperolehi kepada warga emas tersebut pada hari ini dan berjanji segala perkembangan dikemas kini dari semasa ke semasa.
Selain yayasan tersebut, ramai orang perseorangan dan selebriti seperti Nikita Mirzani yang terlebih dahulu membantu Pakcik Suhud dengan memberi sumbangan selain menyokong buku jualannya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024