Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Viral

Haram Memiliki ‘Sex Toys’ Di Malaysia, Wanita Ini Didenda Gara-Gara Simpan 102 Alat Permainan Seks!

Gempak 13/06/2024 | 14:55 MYT

Sejak kebelakangan ini, isu alat permainan seks atau sex toys kerap menjadi bahan bualan netizen.

Terbaharu, seorang wanita dilaporkan didenda sebanyak RM2,000 gara-gara menyimpan alat permainan seks.
Menerusi laporan yang diterbitkan oleh Astro Awani, seorang usahawan berusia 29 tahun dari Bayan Lepas, Penang menerima hukuman tersebut selepas mengaku bersalah menyimpan 102 alat permainan seks.

Haram

Tertuduh Sarah Phoon, 29, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Chia Huey Ting.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di premis pusat belah-belah popular di Bayan Lepas, 2.30 petang, 6 Februari lalu.
Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen sama dengan membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika bersalah.

ARTIKEL BERKAITAN: KDN Rampas Alat Mainan Seks Bernilai RM70,000 – “Penjualannya Berselindung Di Sebalik Premis Kosmetik & Kesihatan"

ARTIKEL BERKAITAN: Henry Cavill Tak Minat Adegan Seks: “Tak Faham Keperluannya”

ARTIKEL BERKAITAN: Isu Lelaki Promote Aktiviti Persundalan, Netizen Bincang Apa Jadi Pada 2,051 Subscribers Saluran Telegram?

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi Doa Kuatkan Alat Kelamin Suami, Ustazah Norhafizah; "Saya Bukan Buat Lawak Lucah, Itu Untuk Tujuan Majlis Ilmu"

ARTIKEL BERKAITAN: Penyanyi Dangdut Disyaki Pakai Susuk Di Alat Sulit, Rampas Suami Orang

Kes dikendalikan Pengawai Pendakwa Kementerian Dalam Negeri (KDN), Mahadzir Saad manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Teh Yi Kai.

Semasa prosiding, tertuduh yang memperoleh pendapatan RM1,800 sebulan memohon mahkamah mengurangkan jaminan kerana perlu menanggung ibu bapa serta dua adiknya yang sedang menuntut di sebuah kolej swasta.
Mahkamah kemudiannya memerintahkan tertuduh membayar denda sebanyak RM2,000 dan dua bulan penjara jika gagal membayar denda yang dikenakannya.
Bagaimanapun tertuduh telah membayar denda yang dikenakannya itu sebaik pertuduhan terhadapnya selesai dijalankan.
Terdahulu, media melaporkan yang bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan, Kementerian Dalam Negeri (KDN) merampas 2,295 unit alat mainan seks bernilai RM70,000.
Setiausaha Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan KDN, Nik Yusaimi Yussof berkata, alat mainan seks itu dirampas hasil empat serbuan dijalankan di Johor, Sarawak, Pulau Pinang dan Perak antara 18 Januari sehingga 6 Februari lalu.
Dan sepanjang tahun lalu, Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan KDN telah merampas pelbagai jenis alat mainan seks dengan nilai rampasan keseluruhan RM1.3 juta.
Sumber: Astro Awani

Korang dah tengok The Experts?

Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air. Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.

#Pulau Pinang #Haram #Denda #Salah #Permainan Seks
;