Seorang pengamal perubatan tradisional mendakwa penyanyi dangdut yang namanya menjadi kontroversi baru-baru ini kerana merampas suami dan melarikan anaknya melakukan perkara syirik kepada tubuh badan.

BERITA TRENDING: Coco Tak Minat Pakai Minyak Pengasih & Susuk - "Orang Dah Tak Nak Kita, Takkan Nak Guna 'Guna-Guna' Pula"

Perkara syirik yang dimaksudkan adalah memasang susuk dan melakukan ritual sehingga lelaki yang disukai akan tunduk dan mengikut kehendaknya.

“Selain melalui minuman, dia juga memasang susuk pada bahagian kening, pipi, dagu, lidah, dada dan alat sulit.

“Setelah itu dia melakukan banyak ritual agar susuknya ampuh dan lelaki terus tunduk dan mengikut kehendaknya,” ujar pengamal perubatan tradisional yang tidak didedahkan identiti, lapor InsertLive.

Penyanyi dangdut yang dimaksudkan adalah Tisya Erni. Tisya sebelum ini menjadi kontroversi kerana menjadi orang ketiga dalam rumah tangga seorang lelaki berpangkat besar dari sebuah syarikat di Singapura, Aden Wong.

BERITA TRENDING: Tak Akan Saman Pemfitnah, Ayu Damit Rasa Kelakar Tuduhan Pakai Pemanis Wajah - "Saya Jual Sate, Takkanlah…

Tisya yang berasal dari Sulawesi Tenggara itu berkenalan dengan Aden selepas lelaki tersebut mula bekerja di Indonesia sementara isterinya tinggal di Singapura.

Kecurangan mereka didedahkan isteri Aden, Amy BMJ yang merupakan seorang warga negara Korea Selatan. Amy menerusi video dan pendedahan yang dibuat antaranya mendakwa Tisya telah bersubahat melarikan anak hasil perkahwinan bersama Aden.

Sementara itu, Aden melalui kenyataan mendakwa isterinya, Amy sebagai seorang kaki botol, mendera anak dan memang mengalami masalah rumah tangga.