Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Hariz Hamdan Dapat Nasihat Daripada Pon Nawasch!

Amri Hassan 30/07/2023 | 08:43 MYT

Pelakon yang sedang meningkat naik Hariz Hamdan teruja dapat bertemu dengan pelakon terkenal Thailand, Pon Nawasch dalam majlis pelancaran koleksi ASICS Autumn Winter 2023 di Bangkok, Thailand baru-baru ini.

Menurut Hariz, 21, dia amat mengagumi pencapaian kerja lakonan bintang yang cukup popular dengan drama Devil In Law dan Praomook itu.
“Walaupun dia amat popular di Thailand, tetapi dia amat merendah diri dan tidak lokek memberikan saya nasihat tentang kerjaya dunia lakonan.
“Selain itu, kami juga saling bertukar-tukar pendapat memandangkan sama-sama menitik berat tentang penjagaan kesihatan,” kongsi Hariz.

Pesanan untuk Hariz

Dalam pertemuan itu, Pon yang juga duta ASICS Thailand yang sempat menitipkan nasihat buat Hariz. Baginya Hariz seorang pelakon muda yang mempunyai masa depan cukup cerah dalam industri seni tempatan.

“Saya mengenalinya kerana kami sama-sama menjadi duta jenama ASICS di negara masing-masing. Sebenarnya, saya agak terkejut apabila mendapat tahu usianya baru 21 tahun, cukup muda.
“Tetapi melihat pencapaiannya dan cara dia membawa diri saya yakin dia akan pergi jauh dalam industri seni. Cuma nasihat saya, jangan berhenti untuk bekerja keras meskipun sudah berada di tahap yang selesa.
“Setiap hari ada sahaja pelajaran baru yang perlu dipelajari dan sentiasalah perbaiki diri menjadi lebih baik. Disiplin diri paling utama kerana bukan sahaja memudahkan urusan kerja sendiri tetapi juga orang sekeliling,” ujar Pon.

A post shared by Hariz Hamdan (@harizhamdann)

Pon terkejut dikenali di Malaysia!

Sementara itu, Pon agak terkejut apabila diberitahu bahawa dia cukup dikenali di Malaysia.

"Saya popular di Malaysia? Sejujurnya saya tidak tahu tentang perkara itu. Apapun terima kasih buat peminat yang memberi sokongan dengan menonton drama saya termasuk di Malaysia," ujar Pon yang kini sedang sibuk dengan penggambaran drama terbaharunya.
Dalam pada itu, Hariz yang juga duta ASICS Malaysia di bawa terbang ke Bangkok, Thailand baru-baru ini untuk majlis pelancaran koleksi ASICS Autumn Winter 2023 yang menghimpunkan semua duta jenama tersebut dari seluruh Asia Tenggara.
“Sejujurnya, saya berasa cukup terharu dengan peluang dan kepercayaan yang diberikan kepada saya. Berada dalam sebuah majlis yang dihadiri oleh ramai pelakon terkenal Asia Tenggara membuatkan diri saya terasa kerdil.
“Tetapi mereka semua amat merendah diri meskipun terkenal bukan sahaja di negara masing-masing tetapi juga seluruh Asia Tenggara,” luah Hariz.
Selain Hariz dan Pon Nawasch, duta lain yang turut hadir pada acara tersebut adalah barisan pelakon terkenal Thailand, Toey Pongsakorn, Neng Sarun dan Tay Tawan serta Ratu Universe Filipina 2019, Gazini Ganados.
Terdahulu, turut diadakan acara Klinik Larian GEL - KAYANO 30 untuk menguji ketahanan dan kestabilan koleksi kasut baru yang dikeluarkan pada 1 Julai lalu.
Menurut Eksekutif Pemasaran Sukan dan Perdagangan ASICS Malaysia, Azlani Adani, kasut terbaharu siri GEL – KAYANO 30 dikeluarkan sempena ulang tahun ke-30 tahun siri kasut berkenaan yang mula dikeluarkan pada 1993.
“Rekaan terbaharu kasut ini menggunakan teknologi 4D sistem yang sangat sesuai buat orang yang memiliki tapak kaki rata kerana memberi kestabilan untuk berlari dan bersenam di gim,” katanya.

#pelakon #Thailand #Bangkok #Hariz Hamdan #Asics #Pon Nawasch
;