Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Hasrat Hati Nak Kenang Arwah Anak, Tapi Netizen Sibuk Tilik Bentuk Bibir Vida - “Bibir Dulu Lebih Cantik…”

Izwan Isa 06/10/2022 | 23:50 MYT

Pengsohor media sosial dan juga usahawan komestik, Datuk Seri Vida menyorot perhatian netizen apabila memuat naik sepotong video mengenang arwah anak-anaknya, Muhammad Eddie Zuhdie Mohd Amin dan Muhammad Edrie Zikrie Mohd Amin yang terkorban dalam satu insiden kebakaran di sebuah rumah di Ipoh, Perak sekitar tujuh tahun lalu.

A post shared by Dato Seri Vida (@datoserivida)

Menerusi ruangan kapsyen pada video berkenaan, Vida memberitahu yang kehilangan kedua cahaya matanya itu merupakan kehilangan yang paling sakit pernah dialami.

Kenang anak

“Tujuh tahun berlalu , kehilangan terpaling paling sakit pernah saya lalui sepanjang hayat saya. Al-Fatihah buat kedua putera saya Muhammad Eddie Zuhdie Mohd Amin dan Muhammad Edrie Zikrie Mohd Amin,” tulisnya ringkas.

Meninjau ruangan komen, ramai antara pengikut penyanyi lagu Ku Ikhlaskan itu turut berkongsi rasa duka terhadap kehilangan dua insan yang disayanginya.

Pengubat rindu

“Anak syurga Datuk akan tunggu DSV di syurga. Itu pasti. Cara Allah nak bagi kita syurga. Ujian dia memang berat tapi kebahagiaan kita kekal di syurga.”

“Hanya Allah yang tahu perasaan kita yang merindui orang yang telah pergi. Tak akan ada pengganti, hanya masa pengubat hati yang lara. Nasib ada gambar-gambar untuk dijadikan pengubat rindu ye.”
“Tak tahu macam mana perasaan Datuk kehilangan dua anak tercinta.”

DSV nampak natural

Begitupun, tidak kurang yang turut memuji kecantikan Vida menerusi gambar yang dikongsikan di Instagram itu.

“DSV cantik natural. Tak make-up tebal lagi cantik nampak muda.”
“Cantiknya Datuk muka first tu berseri-seri, dulu-dulu sangat cantik. Semoga terus kuat.”

Bandingkan bibir

Namun, terdapat komen yang turut mendapat perhatian netizen-netizen yang singgah pada hantaran yang dibuat oleh Vida.

Menerusi komen yang ditinggalkan, seorang pengguna Instagram membandingkan bentuk bibir Vida yang dahulu dengan sekarang.
“Bibir dulu lebih cantik daripada bibir yang sekarang,” katanya.
Begitupun, komen berkenaan mendapat reaksi negatif daripada seorang lagi pengikut Vida.
Katanya: “Memanglah tanggungjawab untuk menegur. Tapi tengok keadaan sama sis. Menegur tak kena tempat. Tegurlah dekat lain punya post. Ni dia post pasal anak kot, orang tengah sedih. Time-time ni pulak cakap pasal bibir dia,” katanya.
BACA: Shuib Tak Kisah Vida Nak Menumpang Kasih Anak-Anaknya, Anggap Ia Satu Hal Yang Baik - “Saya Tak Halang…”
BACA: Netizen Tergamam Jam Tangan Cik B Berharga Sebiji Rumah Teres & Harga Seluruh Persalinan Melebihi RM600K
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!

#Datuk Seri Vida #Bentuk Bibir
;