Laman Utama

Netizen Tergamam Jam Tangan Cik B Berharga Sebiji Rumah Teres & Harga Seluruh Persalinan Melebihi RM600K

gempak
Izwan Isa
09/09/2022
08:50 MYT
Sponsor Banner
Netizen Tergamam Jam Tangan Cik B Berharga Sebiji Rumah Teres & Harga Seluruh Persalinan Melebihi RM600K
Sebut sahaja nama Datuk Seri Vida, pasti perkara pertama yang terlintas dalam kotak fikiran adalah jenama pakaian serta aksesori mewah yang sering digayakan.
Tas tangan dan kasut antara barangan yang sering diperagakan oleh Vida di Instagram dan ketika menghadiri acara-acara hiburan.
Kemewahan Vida tidak hanya tertakluk pada dirinya sahaja. Ia turut diturunkan kepada anak-anak kesayangannya, Cik B dan juga Kacak.
Baru-baru ini, akaun Instagram Beast Lab yang terkenal dengan pendedahan harga pakaian berjenama milik selebriti tempatan mendedahkan harga persalinan yang pernah digayakan oleh Cik B.
Menurut perkongsian tersebut, Cik B pernah mengenakan pakaian, kasut dan aksesori berjumlah sehingga RM657,750.
Menerusi keterangan yang dimuat naik, pakaian yang dikenakan oleh Cik B berharga RM14,400, kasut RM5,300, jam tangan Chopard RM530,000 dan cincin Versace V Borocco berharga RM1,300.
Selain itu, skarf Dior yang dipakai berharga RM1,750 sementara sebentuk cincin dilemma berharga RM105,000.
Menerusi komen-komen yang ditinggalkan di hantaran berkenaan, netizen menyamakan cincin yang dipakai oleh Cik B dengan harga sebuah rumah.
“Sebiji rumah teres duduk kat jari kau je B.”
“Berapa biji rumah agak-agak boleh dapat dekat badan dia tu?”
Sementara itu, Cik B menerusi hantaran video turut mengesahkan jam tangan yang dipakai adalah tulen.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live