Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Hati Nina Iskandar Hancur Tengok Anak Kecil Di Palestin - “Berlumpuran Darah & Menangis Tapi Masih…”

Asyikin Mayudin 20/10/2023 | 07:56 MYT

Pelakon Nina Iskandar mengakui hatinya hancur apabila menonton video memperlihatkan anak kecil di Palestin yang berlumpuran darah sambil memegang makanan.

Nina menerusi laman Instastory miliknya berkata dia terpaksa pergi ke bilik lain kerana tidak sanggup melihat anak lelakinya yang sebaya dengan kanak-kanak tersebut.

“Saya faham perasaan awak! Semalam ternampak video anak kecil berlumuran darah dan menangis tapi masih ada croissant di tangannya (mungkin sama baya dengan anak saya).

“Saya terlalu sedih sehingga terpaksa pergi ke bilik lain sebab Rizqin sedang tidur dan saya tahu ia akan buat saya rasa lebih teruk jika saya melihatnya dan membayangkan sebaliknya.

“Saya tak boleh, terutama apabila ia melibatkan anak kecil. Semoga Allah melindungi nyawa kecil yang tidak berdosa ini,” kongsi Nina.

Selain Nina, ramai selebriti tempatan kini bergiat aktif dalam berkongsi mengenai kesengsaraan yang dihadapi rakyat Palestin di media sosial masing-masing.

BACA SINI: Sehari Sebelum Raya, Ada Pula Orang Fitnah Nina Iskandar Sudah Meninggal Dunia - “Saya Ingin...

#Palestin #Nina Iskandar #Gaza #Anak Kecil #Anak Palestin
;