Hiburan

Hattan Tak Jadi Bersara Selepas Terima Teguran Arwah Adik, Nekad Berhenti Merokok - “Selepas Dia Meninggal Saya Terus Tinggalkan”

Khairil Khusyairi
24/09/2024
03:35 MYT
Sponsor Banner
Hattan Tak Jadi Bersara Selepas Terima Teguran Arwah Adik, Nekad Berhenti Merokok - “Selepas Dia Meninggal Saya Terus Tinggalkan”
Hasrat penyanyi Datuk Hattan untuk bersara dari dunia nyanyian seperti yang dimaklumkannya sebelum ini terpaksa dilupakan kerana terkenangkan pesanan arwah adik, Mohd Hatta Shahabudin, 46.

Teguran Adik Buat Hattan

Menurut Hattan, dia menerima teguran daripada Hatta sehari sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir agar terus berkarya.

"Saya memang nak bersara tetapi ketika itu kami berkumpul di kampung, arwah ada bertanya benarkah saya mahu berhenti menyanyi. Sebelum ini dia tidak pernah cakap dengan saya begitu, tetapi dua hari sebelum dia meninggal dia banyak 'membebel'.

"Bila dia meninggal, adik-adik lain ingatkan saya apa yang arwah cakap. Jadi saya teruskan karier, sebab saya dengar apa dia cakap. Saya tak tahu itu kalimat terakhir dia kepada keluarga.
"Sebelum ini dia banyak menasihatkan saya berkaitan hal perniagaan, jadi kehilangan dia besar pada saya. Sekurang-kurangnya bila saya terus menyanyi, saya boleh bantu sara anak-anak arwah," katanya ketika ditemui pada sidang media Konsert Amal Night of Love & Compassion di Kumpulan Media Karangkraf, Shah Alam pada Isnin.

Nekad Henti Merokok

Dalam pada itu, pelantun lagu Memburu Rindu itu turut berkongsi dia nekad untuk berhenti merokok pemergian Hatta pada Syawal kelima lalu.

“Saya pernah berhenti dua tahun dahulu (merokok). Kemudian saya merokok sedikit sahaja. Kemudian adik saya meninggal dunia saya memang terus tinggalkan. Saya jauhkan dan memang nekad.

"Adik saya memang seorang perokok tegar. Jadi selepas dia meninggal, saya terus berhenti merokok dan amalkan gaya hidup yang lebih sihat.
"Ngeri. Fikir anak-anak masih ada. Ini usaha saya untuk menjaga kesihatan tetapi kalau Allah sudah tentukan nyawa kita di ambil, siapa kita untuk menghalang.
"Alhamdulillah saya rasa kesihatan saya lebih baik selepas berhenti merokok dan tidak ada kesan sampingan seperti yang diperkatakan buat mereka yang mahu berhenti merokok," jelasnya.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar