Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Hawa Rizwana Kongsi Pengalaman Beraya Zaman Kanak-Kanak - "Ada Parut Dekat Muka Sampai Sekarang Tak Hilang"

Umirah Halim 12/04/2024 | 00:00 MYT

Pengacara dan pelakon, Hawa Rizwana berkongsi pengalaman yang tidak pernah dilupakan sewaktu beraya di kampung ketika zaman kanak-kanak dahulu.

Main bunga api

Menurut Hawa, 29 atau nama penuhnya Hawa Rizwana Ahmad Redzuan berkata pengalamannya ketika raya bersama sepupu merupakan pengalaman yang tidak boleh dilupakan, terutama sekali apabila masih ada kesan parut yang masih belum hilang di muka sewaktu bermain bunga api.

"Antara pengalaman yang paling saya tak boleh lupa masa nak sambut Raya dahulu adalah apabila saya balik ke rumah atuk dan nenek saya di Langkawi, saya dan semua sepupu pakai inai dan main bunga api.

"Tapi apa yang saya tak boleh lupa adalah ketika main bunga api, sebab kesannya saya ada parut dekat bahagian muka sehingga sekarang tak hilang," kongsinya ketika ditemui Gempak.

Sambutan Syawal Hawa

Sementara itu, mengulas mengenai persediaan sambutan Syawal pada tahun ini, Hawa berkata tahun ini dia lebih bersedia dan telah mengambil cuti raya lama sedikit untuk luang lebih masa bersama keluarga.

"Tahun ini saya lebih bersedia, sebab tahun lepas merupakan tahun yang pertama saya cuti semasa raya. Sebab sebelum itu saya bekerja di bahagian berita, jadi saya tak pernah cuti masa raya.

"Jadi tahun ini saya ambil cuti lama sedikit untuk raya, dan saya tahun ini raya di Subang sahaja. Jadi saya menantikan anak-anak buah saya datang ke rumah," tambahnya lagi.

Telefilem kedua Hawa

Dalam pada itu, Hawa turut berkongsi mengenai penglibatannya dalam telefilem raya keduanya berjudul Raya Dengan Cinta.

"Alhamdulillah untuk tahun ini saya ada telefilem kedua saya untuk raya yang bertajuk Beraya Dengan Cinta.

"Kisah dia saya berkahwin dengan seorang lelaki Cina, dan dalam cerita itu kerja saya sebagai bomba.

"Cerita ini gelak-gelak santai genre komedi sahaja, jadi jangan lupa tengok dengan keluarga masa raya nanti," tambahnya lagi.

Sekadar info, telefilem araham Azmir Affandi, Raya Dengan Cinta bakal ditayangkan pada 3 Syawal pukul 10 pagi. Antara pelakon lain yang turut membintangi telefilem ini termasuk Che Kin Wah, Zhen Ning dan ramai lagi.

Sinopsis Raya Dengan Cinta:

Rashid seorang mualaf berbangsa cina membawa isterinya Shila menyambut 10 Ramadhan terakhir dan Hari Raya Aidilfitri di rumah keluarganya yang berbangsa cina. Memandangkan keluarga shila ingin menyambut raya di Mekah dan Shila tidak dapat ikut Bersama kerana mengalami alahan disebabkan baru mengandung 3 bulan. Perlbagai masalah timbul sepanjang Shila berpuasa di rumah keluarga mertuanya sehingga menyebabkan Shila mula berputus asa untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri untuk tahun ini tetapi Rashid dan keluarganya berusaha merealisasikan Impian Shila meskipun dalam keadaan huru hara.

Berita Trending: Ruhainies Sambut Aidilfitri Di Tanah Suci, Mohon Maaf Pada Semua - "Semoga…
Berita Trending: Raya Bersederhana, Siti Nurhaliza Utamakan Anak-Anak - "Cukup Saya Ada Sepasang…
#Raya #Kanak-Kanak #Pengalaman #Bunga Api #Hawa #Rizwana #Zaman
;