Laman Utama
Hebat Dalam Mobilegraphy? Serlahkan Bakat Itu Dengan Sertai Zoom Into Malaysia, HUAWEI XMAGE Awards 2023 & Menangi HUAWEI P60 Pro Dan Banyak Lagi!
Melihat perkembangan era teknologi terkini, ramai secara tidak sengaja menyerlahkan bakat mereka dalam bidang fotografi hanya menggunakan telefon pintar iaitu mobilegraphy.
Bakat mobilegraphy ini boleh dilihat apabila ramai yang berkongsi banyak foto-foto menarik hasil kreativiti mereka yang diambil dengan hanya telefon pintar di muat naik ke media sosial masing-masing.
Foto yang dikongsi pula tak kurang hebat, macam pro!
Menyedari perkembangan ini, HUAWEI tampil dengan HUAWEI XMAGE Awards 2023 untuk mengiktiraf bakat-bakat mobilegraphy ini!
Apa Itu HUAWEI XMAGE Awards 2023?
Berita baik! HUAWEI XMAGE Awards 2023 membuka peluang kepada mobilegrapher seluruh dunia untuk mempamerkan hasil gambar mereka ke peringkat global.
Dengar nama sahaja anugerah ini mesti ramai macam wow! Siapa sangka dari minat ambil gambar di telefon pintar kini bakat korang bakal dihargai!
Buat warga Malaysia, HUAWEI turut melancarkan Zoom Into Malaysia yang memberi peluang kepada mobilegrapher tempatan untuk berkarya dan dalam masa yang samamempamerkan keindahan sebenar Malaysia menggunakan telefon pintar HUAWEI.
Masih belum terlambat! Zoom Into Malaysia yang telah bermula 11 Mei lalu sedang berlangsung sehingga 30 Jun 2023 ini.
Hadiah Menarik Jika Sertai Zoom Into Malaysia!
Nama pun anugerah, pasti banyak hadiah menarik yang bakal disediakan oleh HUAWEI untuk yang menyertainya. Nak tahu apa dia?
Hadiah utama untuk pemenang dan yang paling menjadi tumpuan peserta nanti adalah peranti mercu baru HUAWEI P60 Pro!
Menariknya peranti ni boleh dikatakan sebagai telefon pertama dilengkapi kamera telefoto untuk situasi malap (low-light telephoto camera) dengan sistem multi lensa!
Bukan itu sahaja, banyak lagi hadiah menarik menanti korang! Antaranya di bawah ini:
- HUAWEI P60 Pro - Pemenang Hadiah Utama x3
- HUAWEI WATCH FIT - Pemenang Naib Johan x20
- HUAWEI FreeBuds 5 - Pemenang Sagu Hati x10
Zoom Into Malaysia Terdiri Daripada 8 Kategori!
Bukan satu tapi lapan! Peraduan Zoom Into Malaysia membabitkan lapan kategori yang boleh korang sertai. Antaranya termasuklah Night Walk, Outdoor, Portrait, Art & Fashion, Hello Life, Storyboard, Action dan Storytelling.
Menariknya, untuk kategori Night Walk, korang digalakkan untuk menghasilkan gambar yang boleh menceritakan suasana sebenar Malaysia ketika waktu malam. Yang penting, itu semua harus menggunakan tetapan foto malam HUAWEI!
Disebabkan pertandingan ini anugerah yang besar, jadi gambar yang dihantar akan dinilai dan pemenang akan dipilih oleh panel profesional yang pakar dalam bidang dan industri masing-masing!
Cara Menyertai Zoom Into Malaysia!
Senang saja! Untuk sertai peraduan ini, korang boleh serahkan visual atau video penyertaan seperti berikutnya:
1. Serahkan foto yang diambil dengan mana-mana telefon pintar HUAWEI di Facebook dan Instagram, dan tag @huaweimobilemy dengan hashtag berikut:
a. #ZoomIntoMalaysia
b. #HUAWEIXMAGE
c. #HUAWEIP60Pro
2. Penyertaan haruslah dalam imej atau video yang dirakam menggunakan telefon pintar HUAWEI. Tiada limitasi atau batasan bagaimana gambar itu dihasilkan atau model telefon pintar HUAWEI yang digunakan.
3. Sila pastikan akaun media sosial ditetapkan kepada umum.
Jangan lupa! korang kena hantar penyertaan sebelum tarikh tutup 30 Jun ini!
Jom Ke Peringkat Antarabangsa Dengan Sertai Global XMAGE Awards 2023!
Jika korang mahu cabar lebih lagi kreativiti tu, boleh lah sertai Global XMAGE Awards 2023.
Sama seperti Zoom Into Malaysia, kategori Global XMAGE Awards 2023 dipertandingkan adalah Night Walk, Portrait, Art & Fashion, Outdoor, Hello Life, Storyboard, Action dan Storytelling.
Kali ini juga ia dinilai oleh panel professional tapi mereka dari luar negara!
Mereka adalah Chen Xiaobo, Naib Presiden Persatuan Jurugambar China; Jurugambar fesyen Cina Pei Tongtong; Jurugambar landskap Portugis José Ramos; Jurugambar potret Australia Jessica Hromas; dan Li Changzhu, Naib Presiden Jabatan Pemasaran Strategi Pengguna di Kumpulan Perniagaan Pengguna HUAWEI.
Cakap pasal hadiah pula? sudah tentu ia lebih lumayan! Mana tidaknya, pemenang berpeluang bawa pulang wang tunai sehingga RM46,168 (USD10,000).
- Pemenang Hadiah Utama x3
- Pemenang Terbaik Dalam Kategori x24
- Naib Johan x27
- Pemenang Sagu Hati x5
Ini pula cara penyertaan yang korang boleh ikuti:
- Wajib mempunyai ID HUAWEI berdaftar.
- Serahkan gambar yang diambil menggunakan telefon pintar HUAWEI di Global XMAGE Awards 2023 dan Komuniti HUAWEI.
- Penyertaan haruslah dalam imej atau video yang dirakam menggunakan telefon pintar HUAWEI. Tiada limitasi atau batasan bagaimana gambar itu dihasilkan atau model telefon pintar HUAWEI yang digunakan.
Jadi tunggu apa lagi? Serlahkan bakat mobilegraphy and itu segera sebelum tarikh tutup penyertaan Global XMAGE Awards 2023 15 Ogos 2023!
Must-Watch Video