Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Hidayah Setuju Ali Puteh Tak Perlu Bayar Interest - "Asalkan Bayar Secepat Mungkin Dalam Masa Seminggu..."

Amri Hassan 25/02/2024 | 04:49 MYT
Balu kepada Allahyarham Abam Bocey, Hidayah Hamzah memutuskan untuk tidak mengenakan kadar faedah sebanyak empat peratus kepada pelawak Ali Puteh.

BERITA TRENDING: Peguam Jelaskan Tindakan Hidayah Tolak Duit Ali Puteh - “Orang Akan Tahu Ada Sejumlah Wang Besar Dalam…

Menerusi perkongsian di Instagram, peguam yang mewakili Hidayah, Ibrahim, menjelaskan Ali perlu membayar tuntutan saman sebanyak RM75,486 sepertimana yang telah ditetapkan oleh mahkamah.
Keputusan itu dibuat atas persetujuan dan budi bicara Hidayah sendiri.
"Setelah membuat penjelasan dan berbincang, Hidayah mengatakan tiada masalah untuk menerima jumlah bayaran asal yang dibawa oleh Ali bernilai sebanyak RM75,486 sebagai penyelesaian penuh dan muktamad.
"Asalkan pembayaran tersebut dibuat secepat yang mungkin dan saya harap Ali boleh berbuat demikian dalam masa seminggu yang mendatang," jelasnya.

BERITA TRENDING: Adik Hidayah Up Status Sinis Tentang Saman, Ali Puteh Balas - “Pulak Dah, Datang Nak Bayar Tak Nak Pula”

Dalam pada itu, Ibrahim turut menjelaskan relevan kadar faedah sebanyak empat peratus itu dikenakan ke atas Ali.
"Sebenarnya dalam mana-mana penghakiman mahkamah, ada diperuntukkan oleh undang-undang bahawa individu yang mendapat pampasan berhak menuntut kaedah faedah sebanyak empat peratus.
"Sepatutnya lima peratus tetapi untuk kes ini hanyalah sebanyak empat peratus.
"Kadar faedah itu adalah bertujuan untuk menggalakkan individu yang berhutang membuat pembayaran secepat yang mungkin," ujarnya.

A post shared by hidayah_hamzah (@hidayah_hamzahh)

Terdahulu, Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan berkongsi video dirinya hadir ke rumah Hidayah bagi melangsaikan tuntutan saman bernilai RM75,000 baru-baru ini.
Namun, urusan tersebut masih lagi belum selesai selepas pihak Hidayah mahu ahli kumpulan Puteh itu melakukan pembayaran tuntutan saman melalui peguamnya.
Hidayah kemudiannya tampil menjelaskan tindakan pihaknya menolak penyerahan wang dibuat Ali sewaktu hadir ke rumahnya adalah atas faktor keselamatan.
Pada 18 Februari 2022, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur memerintahkan Ali dan tiga ahli keluarganya membayar RM60,000 kepada balu Abam Bocey, Hidayah kerana mengeluarkan kata-kata mengaibkan wanita itu di Instagram, dua tahun lalu.
#Viral #Pelawak #Abam Bocey #Ali Puteh #saman #Balu #Hidayah Hamzah #Faedah
;