Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Hilary Duff Kongsi Proses Bersalin Cara 'Water Birth' Di Rumah, Peminat Kagum; "Kamulah Queen!"

Amri Hassan 16/07/2021 | 05:58 MYT
Pelakon Hollywood, Hilary Duff akhirnya tampil berkongsi foto-foto sepanjang proses bersalin anak ketiganya, Mae James Bair pada Mac lalu.
Duff menceritakan semula proses 'water birth' yang dilakukan di kediamannya di Los Angeles, Amerika Syarikat dengan menggunakan khidmat doula yang juga rakan baiknya, Molly Bernard.
"Ia pengalaman yang ajaib dan menakjubkan," tulis Duff.

A post shared by hilaryduff (@hillaryduff)

Bersalin di rumah juga kata Duff merupakan langkah terbaik, selamat dan paling selesa ketika dunia diancam pandemik COVID-19.
Dalam gambar-gambar berkenaan, Duff nampak tenang menahan kesakitan sambil ditemani suaminya, Matthew Koma.
Menceritakan semula proses bersalin, dia bersyukur ditemani individu yang sentiasa memberikan sokongan dan ketenangan padanya.
"Saya mahu rasa selamat ketika proses bersalin dan penting untuk mempunyai sistem sokongan yang baik.
"Ruang yang mencukupi, tekanan balas, humor dan individu ini menjadi sumber kekuatan saya.
"Suami saya sangat tenang ketika dalam bilik ketika saya rasa seperti mahu memanjat dinding manakala Molly menjadi peneman saya sepanjang masa," ujarnya.
Menerusi perkongsian hidup bersama Koma, mereka dikurniakan seorang anak bernama Banks yang kini berusia dua tahun. Banks juga melalui proses bersalin di rumah.
Manakala, Duff dan bekas suami pertamanya, Mike Comrie memiliki seorang cahaya mata, Luca, 9.
Kredit: Instagram Hilary Duff
#pelakon #Viral #Anak #Hollywood #Bersalin #Netizen #peminat #Artis #Hilary Duff #Matthew Koma #Pandemik #PKP #Water Birth #Mae James
;