Advertorial

HUAWEI Dengan Kerjasama Gentle Monster Telah Menciptakan Cermin Mata Hitam Yang Paling Cool!

Kamaruddin Razal
19/11/2019
09:28 MYT
Sponsor Banner
HUAWEI Dengan Kerjasama Gentle Monster Telah Menciptakan Cermin Mata Hitam Yang Paling Cool!
Cakap sahaja HUAWEI, kebanyakan jikalau bukan semua pembaca tahu tentang syarikat besar dari China yang menciptakan pelbagai alatan elektronik seperti fon, komputer riba, smart watch dan lain-lain.
Gentle Monster pula mungkin tidak diketahui ramai. Ia sebenarnya adalah sebuah syarikat dari Korea yang menghasilkan banyak barang optik stail yang digemari ramai orang muda. Dengan teknologi yang terbaru dari HUAWEI dan stail yang paling best dari Gentle Monster, mari kita lihat apakah cermin mata hitam HUAWEI X Gentle Monster ni:
1) Bukan saja cermin mata hitam biasa
Pada pandangan pertama, HUAWEI X Gentle Monster ni nampak seperti satu cermin mata hitam yang biasa saja. Tetapi ia mempunyai speaker dan mic yang membolehkan anda menerima panggilan. Dengan mengetuk dua kali pada tepi HUAWEI X Gentle Monster, anda boleh menerima panggilan dengan mudah dan cepat tidak kira dimana anda berada.
Selain itu, HUAWEI X Gentle Monster ni mempunyai bateri yang dapat bertahan selama 2.5 jam dengan satu cas sahaja. Ketika anda sedang membawa kereta ke Seremban, Melaka, atau Ipoh, anda boleh memakaikannya sambil bercakap menerusi HUAWEI X Gentle Monster dengan stail.
2) HUAWEI Mate 30 Pro paling power
Mate 30 Pro yang terbaru HUAWEI adalah fon pertama di dunia yang mengunakan cip generasi Kirin 990 yang mempunyai pelbagai fungsi AI iaitu AI Gesture, AI Private View, dan AI Smart Rotate.
Secara rumus, AI Gesture membolehkan anda mengawal fon anda tanpa menyentuh mana-mana bahagian fon. AI Smart Rotate pula boleh menentukan posisi skrin yang betul dengan mengesan posisi muka pengguna tanpa mengunakan gyrometer seperti di fon tradisional.
Akhir sekali, AI Private View akan menyembunyi kandungan notifikasi anda apabila AI mengesan renungan yang bukan dari pemiliknya.
3) FreeBuds 3 untuk bekerja dengan lebih fokus
Setiap hari kita mesti akan mendapat banyak e-mel dan mesej untuk kerja harian kita. Semasa kita sedang mengendalikan kerja di tangan, bos pula panggil, banyak call pula datang, rakan seperjuangan pula bertanya pelbagai perkara dan semua ni memperlahankan kecekapan kerja kita.
Untuk menyelesaikan perkara ni, belilah dan menggunakan HUAWEI FreeBuds 3. Earfon ni merupakan earfon open-fit yang pertama di dunia yang dapat menghalangkan bunyi dan suara sekeliling anda dengan berkesan.
Tak payahlah diganggu dengan pelbagai gangguan luar dan anda bolehlah menyelesaikan kerja dengan cepat dan tepat.
Earfon ni juga mempunyai fungsi Bluetooth untuk panggilan dan musik dan dapat dicas tanpa wayar melalui Mate 30 Pro.
HUAWEI telah melancarkan siri peranti Smart Life HUAWEI yang mengandungi siri HUAWEI 30 yang dijual pada harga dari RM2,799, siri MateBook 13 dari RM3,599, siri Watch GT 2 dari RM799, HUAWEI X Gentle Monster pada harga RM1,599, FreeBuds 3 pada harga RM679, dan akhir sekali WiFi Q2 Pro pada harga RM499.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web HUAWEI atau FB Huawei.
HUAWEI memperkenalkan pelan ansuran Together 2020 dengan pelbagai pakej menarik bermula dari RM8.97 sehari! Kunjungi store HUAWEI terdekat atau layari https://huaweitogether2020.3ex.com.my/ untuk lebih info!
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024