Hollywood
Hugh Jackman Curang Sampai Cerai, Isteri Penulis Skrip Jadi Penyondol
Aktor berprolifik Hugh Jackman kini menjadi bualan hangat di Hollywood kerana didakwa curang sebelum bercerai dengan isterinya, Deborra-lee Furness.
BERITA TRENDING: Ini Sebab Kenapa Ryan Reynolds & Hugh Jackman Diboikot Peminat K-Pop
Situasi menjadi lebih tegang apabila Jackman didakwa curang bersama lawan mainnya dalam pementasan semula Broadway 2022, Sutton Foster.
Foster malah disifatkan sebagai pemusnah rumah tangga atau penyondol dalam hubungan suami isteri Jackman. Pelakon wanita itu juga akhirnya meminta cerai daripada suami yang juga seorang penulis skrip, Ted Griffin pada 25 Oktober lalu.
Hubungan persahabatan di antara Jackman, 56, dan Foster, 49, bertukar menjadi jalinan asmara selama terbabit dalam Broadway yang memakan masa 11 bulan itu.
Mereka kemudian didakwa menjalin hubungan terlarang saat keduanya masing berkahwin dengan pasangan masing-masing.
“Hubungan (skandal) Jackman dan Foster adalah sebab mengapa aktor itu bercerai dengan isterinya, Furness pada 2023.
“Sebenarnya hampir semua yang terbabit dalam Brodway tahu mengenai hubungan mereka tapi kami mendiamkan diri kerana keduanya individu yang hebat dan sangat baik.
“Kami menghormati privasi mereka tapi ya, memang hubungan sahabat berkembang menjadi yang lain (bercinta),” ujar satu sumber seperti dilaporkan US Weekly.