Viral
"I Am A Multimillionaire & Have 3 Supercars…” - Opai Yakin Takkan Jumpa Wanita Lebih Kaya
Suami kepada pelakon Fatin Afeefa iaitu usahawan Aliff Awang mengakui dirinya seorang jutawan dan memiliki tiga buah ‘supercars’.
Jutawan
Menerusi video yang tular, Aliff atau lebih dikenali sebagai Opai berkata dia tidak akan berjumpa dengan wanita yang mempunyai pendapatan lebih daripadanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Dedah Wajah Baby Boy, Bulu Mata Anak Fatin Afeefa Jadi Bualan Netizen - “Handsomenya Dia, Eyelashes Lentik Macam Mommy”
ARTIKEL BERKAITAN: Teka-Teki Terjawab, Suami Fatin Afeefa Dedah Baby Kini Usia 7 Bulan - “Takkanlah Tak Boleh Nak Beritahu Dunia Saya Ada Anak Baru”
“Saya seorang jutawan dan memiliki tiga buah ‘supercars’.
“Saya mungkin akan dating dengannya (wanita lebih kaya) tetapi saya tidak tahu adakah saya akan menemui wanita yang mempunyai pendapatan melebihi saya.
"Saya pasti tidak akan berjumpa dengan wanita seperti itu, yang mampu memperoleh pendapatan bersih setiap tahun mencecah tujuh angka,” katanya.
Tak wujud
Dalam masa yang, Opai yang juga seorang pempengaruh di media sosial itu juga dengan yakin berkata wanita tersebut tidak wujud.
“Tetapi jika pendapatan saya RM2,000 atau RM3,000, saya mungkin akan berjumpa dengan mana-mana wanita kerana saya tidak mempunyai masalah untuk berbual dengan mereka.
Adakah saya akan dating dengan seseorang yang berpendapatan lebih daripada saya? Saya rasa wanita seperti itu tidak wujud,” ujarnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kurang senang dengan respons yang diberikan oleh Opai.
Malah, terdapat segelintir warganet yang menasihatinya supaya lebih merendah diri dengan kekayaan yang dimiliki.
undefined