Laman Utama
"I Layak Kot, I Ni Berjiwa Rakyat!" - Sajat Yakin Ramai Nak Tengok Dia Jadi Timbalan Perdana Menteri
Selepas jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri mencalonkan diri untuk merebut jawatan Perdana Menteri Malaysia ke-9, netizen turut memetik nama Nur Sajat bagi menyandang jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM).
Biarpun ia hanya gurauan warganet, hal itu menarik perhatian Sajat yang turut memberikan reaksi terhadap perkara tersebut.
"Of course! I layak kot, I ni berjiwa rakyat! Memang ramai yang tunggu saya naik jadi TPM. Gitew.
"Tercalon juga nama kita you all," kongsinya menerusi hantaran Instagram Stories pada Rabu.
Terdahulu, tindakan Aliff berkongsi impiannya untuk menjadi Perdana Menteri menerusi borang pencalonan mengundang pelbagai reaksi daripada warganet.
Ramai yang mengecam dan berseloroh dengannya sekiranya Aliff terpilih untuk menyandang jawatan tersebut.
Namun, lain pula bagi ibunya sendiri, Bonda Rozita yang berkeras menentang niat Aliff dan nekad menjadi pembangkang seandainya anak lelakinya naik sebagai pemimpin negara.
Sementara itu, Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamarzaman masih mencetuskan tanda tanya mengenai keberadaannya sejak Mac lalu.
Biarpun aktif di media sosial, ramai yang masih gagal mengesan lokasi persembunyian pelantun lagu Makhluk Penggoda itu.
Ada yang beranggapan Sajat kini berada di negara jiran Thailand.
#Perdana Menteri
#Aliff Syukri
#TPM
#sajat
#Kosmetik
#Timbalan Perdana Menteri
#Usahawan
#Muhammad Sajjad