Hiburan

"I Tak Mental, Kalau Tak I Dah Kat Hospital Tanjung Rambutan" - Fathia Latiff

Amri Hassan
11/01/2024
02:00 MYT
Sponsor Banner
"I Tak Mental, Kalau Tak I Dah Kat Hospital Tanjung Rambutan" - Fathia Latiff
Pelakon Fathia Latiff menegaskan dirinya tidak mengalami masalah mental seperti yang diperkatakan warganet sejak akhir-akhir ini.
Malah, Fathia dengan bangganya memberitahu dirinya kini berada di sebuah hotel terkemuka di Malaysia.
"I tak mental, OMG... Kalau I mental I dah kat Hospital Tanjung Rambutan. I'm here, at one of the best hotel in Malaysia.
"Get well soon? I'm not sick!" katanya dalam sesi siaran langsung di media sosial.
Nama Fathia hangat diperkatakan netizen selepas mengkritik rupa paras Zahirah MacWilson seperti bibik.

PILIHAN PEMBACA: ​"Saya Lebih Cantik Daripada Dia" - Fathia Latiff Sindir Wajah Zahirah McWilson Seperti Bibik?

Fathia juga menegaskan dia lebih cantik dan bagus berbanding Zahirah kerana pernah memenangi Anugerah Pelakon Filem Wanita Popular pada tahun 2016.
Selepas Zahirah, Fathia yang kini bertugas sebagai kerani di pusat guaman bergaduh dengan bekas kawan baiknya iaitu Zarina Anjoulie pula.
Lebih panas lagi apabila masing-masing mengeluarkan kenyataan memburukkan satu sama lain.

BERITA TRENDING: "Kau Memang Tak Classy, Memang Pelac*r! Ex Aku Pun Kau Nak Try" - Fathia Serang Zarina Anjoulie,…

BERITA TRENDING: "Orang Tak Nak Berkawan Dengan Dia Sebab Dia Busuk Hati" - Zarina Anjoulie

Related Topics
Must-Watch Video
Unitar