Hiburan
“I Want One Million Followers” - Pelat Melayu Pekat, Netizen Terhibur Dengar Chemad Cakap English
Gelagat anak sulung kepada pelakon Diana Danielle, Muhammad, 5, ketika bertutur dalam Bahasa Inggeris mencuit hati netizen.
Video pendek yang dikongsi menerusi akaun Instagram miliknya itu merakamkan Muhammad atau lebih mesra dengan panggilan Chemad mengucapkan terima kasih kepada pengikutnya.
Namun apa yang menarik perhatian adalah cara pertuturannya yang agak pelat dalam Bahasa Inggeris.
“Thank you for following me, follow me more I want see one million followers,” ujar Chemad.
Menerusi kapsyen video berkenaan, Diana juga turut menyatakan rasa terhibur melihat keletah anaknya itu.
“Ucapan dan harapan Muhammad. Terima kasih uncles and aunties for following Chemad dari dulu sampai sekarang.
“Ibu terhibur dengar Chemad cakap English, pelat Melayu hang pekat noh,” usik Diana.
Menerusi ruangan komen, rata-ratanya memuji kecomelan Muhammad.
“Comel lah chemad ni, sama je hang dengan Ecah. Serupa dua-dua muka Pan Asian tapi cakap utgaha paling best,” komen @siti_qarlqish
“Amboi Chemad, comel gitu memang boleh sangat dapat lebih dari satu juta,” tulis @ummuhaikal
Terdahulu, Diana dan Farid Kamil berkahwin pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Muhammad dan Nur Aurora.
Foto: Instagram @chemad7