Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Ibu Aliff Aziz Tak Sokong Anak Diboikot, Minta Orang Ramai Hentikan Cancel Culture

Firdaus 27/06/2024 | 07:25 MYT
Dek kerana terpalit dengan kontroversi membabitkan rumah tangga, nama dan karya yang melibatkan Aliff Aziz mula diboikot oleh rata-rata netizen Malaysia.

"Tepuk dada tanya hati, InsyaAllah...

Akan tetapi tidak semua pihak bersefahaman dengan tindakan berkenaan, tampil bersuara, ibu kepada Aliff, Siti Hafiza Basharahil menerusi hantaran Instagramnya baru-baru ini menunjukkan sokongan terhadap hasil kerja anaknya.
"Saya jarang sekali tonton drama-drama Melayu tapi saya tonton drama ni untuk melihat sama ada ia layak untuk diboikot. Tepuk dada tanya hati, InsyaAllah," tulisnya.

Sentiasa Pertahankan Anak

Untuk info, itu bukan kali pertama Siti Hafiza mempertahankan Aliff Aziz dalam kemelut yang dihadapinya.

BERITA TRENDING: Terima DM Dihina Seperti Haiwan, Ibu Aliff Aziz Tak Melenting - "Teruskanlah Jika Ini Membuat Anda Bahagia"

Sebelum ini, Siti Hafiza pernah menerima kecaman netizen apabila dirinya menyebelahi pihak Aliff walaupun anak lelakinya itu 'kantoi' curang.

​BERITA TRENDING:“Kami Juga Memohon Maaf Atas Kekhilafan Anakanda Kami Yang…” - Ibu Aliff Aziz Akan Terus Nasihat Hingga Tutup Mata

Imbas kembali, pada 9 Mac lalu, dunia hiburan kecoh apabila Aliff dan Ruhainies ditahan Jawi di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur. Mereka bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan sekitar pukul 2 petang hari sama.
Bella memfailkan perceraian daripada suami, Aliff pada 11 Mac lalu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.
Sebaik sebutan pertama di hadapan hakim, Wan Mohd Najib Wan Hamat, berakhir, Bella yang ditemui pemberita, memberitahu dia nekad untuk bercerai.

​BERITA TRENDING:Didakwa Cadang Jadikan Ruhainies Menantu, Ini Respons Ibu Aliff Aziz

Bagaimanapun, Aliff tidak hadir ke prosiding tersebut atas urusan penggambaran.
Seterusnya, pada prosiding yang berlangsung pada 4 April lalu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan menetapkan Aliff dan Bella perlu hadir ke proses Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) berikutan keputusan Aliff yang tidak bersetuju dengan permohonan cerai dibuat isterinya.
Sebelum ini juga terdapat dakwaan Bella sudah berbaik dengan Aliff selepas tarikh sebutan kes perceraian mereka ditunda daripada 4 Jun kepada 13 Jun.

​BERITA TRENDING: Ibu & Bapa Restu Andai Aliff Aziz & Ruhainies Berjodohan? - "Jika Itu Yang Terbaik, Kita Aminkan"

Bella kemudiannya memuat naik kenyataan di Instagram menyatakan dia sudah lama ‘move on’ dan kini hidup tenang.
Sejak Mac lalu, rumah tangga Bella dan Aliff, menjadi topik hangat apabila Aliff didakwa terbabit dalam kes khalwat bersama pelakon, Ruhanies, 32, di sebuah kondominium mewah di ibu negara pada 9 Mac lalu.
Terbaharu, pasangan ini akhirnya bercerai buat kali kedua pada 13 Jun 2024.
Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna yang masing-masing berusia tujuh dan empat tahun
#Kontroversi #Aliff Aziz #Bella Astillah #Ruhainies #Selebriti #Ibu #Skandal #hiburan #Curang #Boikot
;