Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Viral

Ibu Arwah Zulfarhan Akui Pernah Tak Restu Anak Masuk UPNM

Firdaus 26/07/2024 | 03:55 MYT

“Dia selalu dekat dengan kami sekeluarga,” begitulah keluhan ibu kepada arwah Zulfarhan, yang menyatakan dirinya pernah tidak merestui anak lelakinya itu untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Tak Restu Anak Masuk UPNM

Ibu kepada Zulfarhan atau nama sebenarnya Hawza Osman berkongsi perkara berikut ketika sesi temubual di segmen radio 3 pagi Era.

“Saya pernah cakap dengan dia kalau boleh tak mahu dia masuk tentera...

“Pengalaman daripada arwah abang saya, UPNM nak cuti susah. Sebab dia (Zulfarhan) selalu dekat dengan kami sekeluarga dan kemana-mana kami pergi memang berenam.

“Saya pernah cakap dengan dia kalau boleh tak mahu dia masuk tentera. Sebab kalau boleh saya nak bersama dengan mereka semua.
“Semasa dia dalam UPNM pun kadang-kadang dia bertukar syif dengan kawan dia semata-mata nak balik. Selepas tu setiap hari dia akan call saya hanya untuk dapat bercakap dengan saya,” katanya.

undefined
Sekadar info, pada 2 November 2021, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendapati, keenam-enam tertuduh bersalah atas pertuduhan dengan niat menyebabkan kecederaan kepada Zulfarhan tanpa niat membunuh, mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga 30 tahun dan dikenakan denda jika perbuatan itu dilakukan dengan niat hendak menyebabkan kematian.

BERITA TRENDING:SUHAKAM Bantah Hukuman Gantung Sampai Mati 6 Pembunuh Arwah Zulfarhan, Anggap Bukan Penyelesaian Adil

​BERITA TRENDING:"Lepas Saya Letak Tu, Tak Pernah Tengok Dah Sampai Sekarang" - Individu Dipercayai Penulis Surat Layang Kes Buli Arwah Zulfarhan Tampil Bersuara

​BERITA TRENDING:"Lepas Saya Letak Tu, Tak Pernah Tengok Dah Sampai Sekarang" - Individu Dipercayai Penulis Surat Layang Kes Buli Arwah Zulfarhan Tampil Bersuara

​BERITA TRENDING:"Dapat Petunjuk Ke Dapat Bisikan Iblis?" - Rita Rudaini Sokong Pihak Dapat Surat Layang Kes Zulfarhan Dihukum

Kesemua mereka didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah bilik di blok penginapan Asrama Jebat, UPNM antara 4.45 pagi dan 5.45 pagi, 22 Mei 2017.

Zulfarhan meninggal dunia di Hospital Serdang pada 1 Jun 2017.
Sementara itu, mahkamah turut menggantikan hukuman penjara tiga tahun kepada empat tahun, terhadap 12 lagi bekas penuntut universiti sama kerana mencederakan Zulfarhan mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan.
Mereka ialah Mohd Hafiz Fauzan Ismail, Mohamad Lukhmanul Hakim Mohd Zain, Ahmad Shafwan Berdal, Muhammad Amirul Asraff Mala, Luqman Hakim Shamsuri Agus, Muhammad Sufi Mohd Mustapha, Noriznan Izzairi Noor Azhar, Muhamad Ashraf Abdullah, Muhammad Danial Firdaus Azmir, Muhammad Hasif Ismail, Muhammad Adib Iman Fuad Ady Sani dan Mohamad Syazwan Musa.
Mereka didapati bersalah atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Zulfarhan untuk mendapatkan pengakuan bahawa dia mencuri komputer riba, mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun dan denda.
Kesemua mereka yang kini berusia 28 tahun didakwa melakukan perbuatan itu di dua bilik, blok penginapan asrama Jebat, UPNM antara 21 dan 22 Mei 2017.

#Viral #Berita #Jenayah #Buli #UPNM #Zulfarhan #Ibu
;