Laman Utama
Ibu Bad Indigo Terima Panggilan Terakhir… “Dia Kata Balik Lambat, Tak Payah Nak Siapkan Makan”
Ibu kepada allahyarham Bad Indigo, Shahrizan Abdul Ghani mengakui sangat terkesan dengan pemergian anaknya akibat serangan jantung malam semalam.
Shahrizan ketika ditemui berkata, kali terakhir dia berhubung dengan Bad adalah sekitar beberapa jam sebelum menerima khabar duka tersebut.
Berita Trending:
“Saya ada hubungi dia sekitar enam lebih… dia kata dia balik lambat, tak perlu sediakan makanan.
“Sebab setiap hari memang saya selalu telefon dia.. Saya tanya dah balik ke belum dah makan ke belum?
“Dia anak yang baik dan soleh. Mana saya nak pergi dia akan bawa saya. Sebab itu saya terasa sangat kehilangan dia. Saya akan rindu dia,” kata ibunya kepada Gempak.
Allahyarham Bad atau nama sebenarnya Badrul Izhan Yeop Abdullah dilaporkan meninggal dunia di tempat kerjanya di Ampang kira-kira jam 7 malam.
Berita pemergian arwah pada awalnya dikongsikan penyanyi Liza Hanim menerusi hantaran di Instagram Story miliknya.
Jenazah telah dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Tun Abdul Aziz Seksyen 14, Petaling Jaya dan dikebumikan pada pukul 2.55 petang tadi.
Sekadar info, Bad yang pernah menyertai Gegar Vaganza 7 merupakan seorang bapa tunggal sejak 2010 dan dikurniakan dua cahaya mata, Rayyan, 14, dan Rania, 13.